Tak Sanggup Nak Tengok Video, Lagi Pengasuh ‘Syaitan’ Dera Bayi – “Muka Dilempang & Ditekup Berkali-Kali”

Berita

Tak Sanggup Nak Tengok Video, Lagi Pengasuh ‘Syaitan’ Dera Bayi – “Muka Dilempang & Ditekup Berkali-Kali”

Satu lagi kes penderaan kanak-kanak berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dipercayai berlaku di sebuah taska yang berlokasi di Batu Caves, Gombak.

Perbuatan kejam itu terbongkar apabila seorang wanita dilihat berulang kali menampar dan menekup muka bayi malang itu dengan kain sebelum meninggalkannya dalam keadaan menangis.

Advertisement

dera bayi gombak

Video saat penderaan itu dilakukan kemudian menjadi tular di media sosial sekaligus menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berharap agar si pelaku segera ditangkap dan pusat jagaan berkenaan ditutup dengan segera.

Perkembangan terbaru, si pelaku telah pun ditahan setelah ibu mangsa membuat laporan polis pada 21 Mei lalu.

Wanita berusia 23 tahun itu juga telah didakwa di mahkamah pada 30 Mei  sebelum dijatuhkan hukuman denda RM10,000 dan bon berkelakuan baik selama 3 tahun.

11 months ago

Lengan Kanan Parah, Suami Ditetak Isteri Dengan Pisau Pemotong Daging

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...