Baru-baru ini pelakon sensasi, Amir Ahnaf telah tampil menjadi rakan duet kepada Nabil Ahmad di minggu terakhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang berlangsung pada malam Ahad. Persembahan yang tidak disangka itu telah menarik perhatian netizen.
Persembahan lagu Butter dari kumpulan K-Pop terkemuka BTS itu telah mengundang pelbagai kritikan dari warganet yang tidak terlalu gemar dengan nyanyian Amir ini. Kata mereka di laman Twitter, rata-rata tidak setuju dengan pilihan lagu pelakon tersebut.
Kalau saya jadi host, saya dah rampas mic. Biar aku je nyanyi sumbang pun tak apa.
Tak sanggup buka sound, tak apa lah biar video tu play tak ada sound.
https://t.co/cNcnEJP3VM pic.twitter.com/SrL9Kqmhb5
— fatin🍉 (@fatinarozi98) December 10, 2023
Setelah sebuah video persembahan mereka itu tular, warganet juga mengambil peluang untuk membanjiri ruangan komen hantaran berikut dengan reaksi mereka terhadap nyanyian Amir malam itu.
Namun begitu, tuan badan pula terlihat tidak mengambil serious kritikan yang dilontarkan orang ramai kepadanya. Pelakon drama bersiri Syurga Itu Bukan Mudah ini hanya membalas hantaran tersebut dengan emoji tertawa yang menunjukkan seolah-olah dirinya tidak ambil hati dengan jenaka netizen.