Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tak Sanggup Berjauhan Terlalu Lama, Mawar Rashid ‘Angkut’ Anak Ke Set Penggambaran

Mawar Rashid

Setelah hampir dua tahun menyepi dari industri lakonan, pelakon Mawar Rashid khabarnya bakal beraksi kembali untuk sebuah telefilem dijangka bermula pada khamis ini.

Mawar RashidSumber : Instagram Mawar Rashid  

Dia yang sebelum ini ingin fokus kepada keluarga di samping menguruskan perniagaan yang diusahakannya kini mengakui ada menerima mesej daripada peminat yang meluahkan rasa rindu untuk melihat dia berlakon kembali.

Advertisement

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid,26, juga menganggap tawaran berlakon yang diterimanya ini sebagai satu rezeki untuk dia kembali aktif.

View this post on Instagram

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

“Ramai juga peminat yang asyik mesej di laman sosial kata rindu nak tengok lakonan saya. Sejujurnya saya sendiri pun rindu nak berlakon. Alhamdullilah, saya dapat tawaran untuk berlakon dalam telefilem arahan Osman Ali. Rezeki dan satu peluang untuk saya bekerja di bawah arahannya. Insya Allah, bermula khamis ini saya akan mula masuk set penggambaran.”

Meskipun masih berasa bimbang untuk bekerja dalam keadaan negara dilanda COVID-18, namun Mawar berkata dia akan sentiasa berjaga-jaga dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

View this post on Instagram

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

Tambah pelakon filem Bu, Kasih Suci ini lagi, dia juga akan membawa kedua orang anaknya iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta ke set penggambaran di Terengganu selama lapan hari.

Jelasnya lagi, dia sememangnya tidak boleh berjauhan terlalu lama dengan kedua anaknya lagipula Rosabella Cinta masih lagi menyusu. Mawar juga memberitahu bahawa dia akan membawa penjaga untuk membantu dirinya ketika bekerja nanti.

View this post on Instagram

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

“Saya memang tak boleh berjauhan dengan Rafael dan Cinta. Lagipun anak kedua saya ini pun masih menyusu. Saya akan bawa penjaga mereka juga membantu. Kemungkinan Raf tak dapat ikut sebab nak jaga dua orang di KL.”

Terdahulu, Mawar telah mendirikan rumah tangga bersama Raf Yaakob pada 9 November 2017 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang cahaya mata yang kini berusia 2 tahun dan dua bulan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    March 2, 2021 at 2:28 pm

    faham takleh jauh dgn anak.. tapi kena pk jugak sekarang ni penyakit covid.. virus tu kita tak nampak.. antibody budak pn tak kuat.. walaupun ada pembantu ikut, better duk umah jela.. takpun stop la berlakon.. duk umah jaga anak..

  2. Anonymous

    March 2, 2021 at 11:24 am

    anzalna gak bagus sanggup tak amik job sebab nak jaga anak.

    • tecit

      March 2, 2021 at 4:57 pm

      anzalna kaye xpe. die kan queen wanna be. anak pon dress up mcm prince. cube fikir dari side org yg xde job xde duit nk bg ank makan. ko sanggup dok umah pastu mati kelaparan drpd kluar mencari rezeki pastu syahid kecil sbb mencari rezeki? we choose our own path, we dealt with it & we take responsibility on it. so u just shut ur mouth ok.

Loading...
To Top