“Tak Sampai Setahun Jagung Famous, Berlagak!” – Peminat Dedah ‘The Real’ Amir Ahnaf, Didakwa Kerek ‘Off Camera’?

Hiburan

“Tak Sampai Setahun Jagung Famous, Berlagak!” – Peminat Dedah ‘The Real’ Amir Ahnaf, Didakwa Kerek ‘Off Camera’?

Semalam, tular satu video di TikTok memaparkan pendedahan seorang peminat mengenai pelakon yang kian popular di kalangan rakyat Malaysia selepas lakonan mantap dalam drama Projek: High Council iaitu Amir Ahnaf.

Melalui perkongsiaan tersebut, individu berkenaan berasa kecewa dengan sikap Amir yang didakwa sombong serta kerek biarpun tidak sampai setahun popular dalam industri seni.

Advertisement

amir ahnaf sombong

Menurutnya, selepas saja selesai program Big Stage, individu tersebut serta rakannya menunggu pelakon itu kerana mahu mengambil gambar bersama tetapi sama sekali tidak dilayan.

amir ahnaf sombong

Peminat tersebut berkata mereka mahu berjumpa dan mengambil satu gambar saja tetapi langsung tidak diendahkan biarpun mempunyai masa sebelum kereta yang dinaiki tiba di kawasan menunggu.

Dalam pada itu, individu berkenaan tersebut faham jika Amir ketika itu penat tetapi tindakannya tidak senyum kepada peminat dan meminta maaf membuatkan dia berasa pelakon berkenaan hanya fake di hadapan kamera melayan peminat dengan baik.

amir ahnaf sombong

Susulan itu, individu tersebut mendakwa Amir seorang selebriti yang sombong biarpun baru saja popular kerana drama lakonannya dan meminta Amir berasa bersyukur kerana mereka tidak merakam sikapnya yang langsung tidak seperti yang dipaparkan hadapan kamera.

amir ahnaf sombong

Bahkan, individu itu membandingkan Amir dengan selebriti popular tanah air serta antarabangsa lain yang jauh lebih baik biarpun sudah lama dalam industri seni.

Sehingga artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah meraih lebih 200,000 lebih tontonan daripada pengguna TikTok dan 15,500 tanda suka daripada peminat.

1 year ago

Kongsi Gambar Tak Berbaju Ketika Mandi Pantai, Amir Ahnaf Buat Peminat 'Cair' - "Terlalu Hot!!"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...