“Tak Sama Macam Orang Normal La”?” – Aju Soalan Sensitif Pada Zaiton Sameon, Wartawan Teruk Dikecam

Hiburan

“Tak Sama Macam Orang Normal La”?” – Aju Soalan Sensitif Pada Zaiton Sameon, Wartawan Teruk Dikecam

Siapa saja yang tidak mengenali penyanyi veteran, Zaiton Sameon dimana dia pernah popular pada sekitar tahun 1980-an tetapi satu detik hitam telah berlaku dalam kehidupannya setelah kehilangan satu-satunya anak tunggal dalam insiden dengan sebuah lori.

Disebabkan kejadian terbabit, Zaiton telah mengalami gangguan emosi yang teruk hingga mengakibatkan daya ingatannya terjejas.

Advertisement

32 tahun selepas insiden itu berlaku, penyanyi tersebut dikhabarkan telah menerima kad OKU yang rasmi setelah diserahkan oleh pihak JKM, Kuala Lumpur.

Menerusi satu video di TikTok memaparkan sesi temubual bersama penyanyi lagu Menaruh Harapan itu, dia menjawab tuduhan segelintir pihak yang berkata dirinya mempunyai masalah mental.

Namun, perkara yang tidak dijangkakan berlaku selepas seorang wartawan yang menemubualnya mengajukan soalan seolah-olah tidak sensitif.

Tak sama macam orang normal la?

Susulan video itu tersebar, kebanyakkan netizen yang meninggalkan komen merasakan wartawan terbabit tidak seharusnya bertanyakan soalan sedemikian dan ada juga berasa simpati kepada Zaiton kerana banyak dugaan yang perlu ditempuhinya.

komen netizen

komen netizen

komen netizen

Sehingga artikel ini ditulis, hantaran video terbabit telah meraih lebih 300 ribu tontonan dan sebanyak 15 ribu tanda suka diterima daripada pengguna platform media sosial terbabit.

Bunga Citra Lestari
1 year ago

"Sanggup Dedah Aurat Demi Netizen.." - Nak Buktikan Tak Hamil, BCL 'Up' Video Pakai 'Sports Bra'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...