Siapa saja yang tidak mengenali penyanyi veteran, Zaiton Sameon dimana dia pernah popular pada sekitar tahun 1980-an tetapi satu detik hitam telah berlaku dalam kehidupannya setelah kehilangan satu-satunya anak tunggal dalam insiden dengan sebuah lori.
Disebabkan kejadian terbabit, Zaiton telah mengalami gangguan emosi yang teruk hingga mengakibatkan daya ingatannya terjejas.
32 tahun selepas insiden itu berlaku, penyanyi tersebut dikhabarkan telah menerima kad OKU yang rasmi setelah diserahkan oleh pihak JKM, Kuala Lumpur.
Menerusi satu video di TikTok memaparkan sesi temubual bersama penyanyi lagu Menaruh Harapan itu, dia menjawab tuduhan segelintir pihak yang berkata dirinya mempunyai masalah mental.
Namun, perkara yang tidak dijangkakan berlaku selepas seorang wartawan yang menemubualnya mengajukan soalan seolah-olah tidak sensitif.
Tak sama macam orang normal la?
Susulan video itu tersebar, kebanyakkan netizen yang meninggalkan komen merasakan wartawan terbabit tidak seharusnya bertanyakan soalan sedemikian dan ada juga berasa simpati kepada Zaiton kerana banyak dugaan yang perlu ditempuhinya.
Sehingga artikel ini ditulis, hantaran video terbabit telah meraih lebih 300 ribu tontonan dan sebanyak 15 ribu tanda suka diterima daripada pengguna platform media sosial terbabit.