Tak Salah Nak Kongsi Beli Rumah Waktu Muda, Tapi Tak Perlu Lah Kondem Yang Belum Mampu

Trending

Tak Salah Nak Kongsi Beli Rumah Waktu Muda, Tapi Tak Perlu Lah Kondem Yang Belum Mampu

besarRamai pengguna Facebook berkongsi pelbagai tips kejayaan untuk tatapan netizen. Kami yakin ianya sedikit sebanyak bertujuan untuk memberi inspirasi dan dorongan kepada mereka yang mempunyai cita-cita sama.

9 years ago

Berjaya Miliki Rumah Seawal Usia 24 Tahun, Gadis Ini Tunjuk Sebab Kita Semua Boleh Jika..

Advertisement

Namun lelaki ini macam tak puas hati je dengan perkongsian tersebut? Apa yang nak disampaikan sebenarnya? Baca ini.

Tak semua hidup senang

Semenjak dua menjak ni, banyak pulak viral pasal orang berjaya beli rumah di usia muda. Umur 24 tahun dah ada rumah sendiri lah, umur 26 tahun ada rumah sendiri lah. Yang berjaya beli 4-5 buah aset hartanah dalam usia bawah 30 lah.

Okey, saya pun dah memiliki rumah sendiri, teres 2 tingkat, ketika usia saya 27 tahun. Saya nak kongsi macam mana saya boleh beli rumah sendiri pada usia muda. Part apply loan apa semua tu, takyah cite la, korang tau sendiri. Tapi nak cite part macam mana saya boleh dapatkan duit deposit 30% dari harga rumah. Ya. 30% deposit, bukan 10% atau kurang. 30%!!! Bagaimana cara saya mendapatkannya?

Mak saya yang bagi, lepas dapat duit jual rumah asal kami kat Cheras. Hahahahahahahahaha..!!

Kesimpulannya, aku tau ko post benda tu sebagai inspirasi kepada anak-anak muda lain. Tapi, jangan ingat anak-anak muda di luar sana hidup senang, gaji besar, lepas grad terus dapat kerja, macam kau.

Rezeki & kisah berbeza

Part paling celaka bila ada komen-komen berbunyi “melayu memang pemalas”, atau “bebudak muda nak benda senang je, tak reti usaha, pemalas dan pikiran sempit”, atau “orang muda zaman skang asyik nak hidup bergaya je, fokus kat kereta, motor, tapi rumah tak nak beli” atau “benda mudah je sebenarnyew, tapi melayu kite yg muda2 khususnya pemalas. Tak nak cuba” dan yang sama waktu dengannya.

Jangan.. jangan cakap camtu. Ada pemuda berjiwa besar dan berazam besar, nak beli aset, tapi gaji ciput, apply loan kat bank tak lepas. Ada yang gaji lepas, tapi mak ayah uzur, perlu belanja besar, terpaksa la si anak ni bagi duit untuk sara mak ayah. Ada yang kena khianat, jadi guarantor untuk kawan, kawan lari tak bayar, nama kita plak blacklist CCRIS, tak dapat apply loan beli rumah sendiri.

Ada yang kumpul duit banyak dalam bank tapi simpan untuk kawen. Ada yang suami isteri gaji besar, kumpul duit banyak, tiba-tiba anak pulak sakit kronik, perlu belanja rawatan besar. Ada pulak yang mampu, takde masalah kewangan dan masalah lain, tapi dia tabligh yang suka belanja wang dia ke arah dakwah. Rezeki masing2, masalah orang berbeza2. Paham?

Boleh share tapi…

So, ada baiknya tak payah share la cerita anda dapat beli rumah di usia muda tu, atau nak share pun, ubah ayat biar proper, ayat galakan, ayat bukan wajib beli rumah muda2, dan ayat meransang yang positif. Menyebarkan ilmu tu bagus, tapi mengkondem orang lain atau berlebihan menonjol kelebihan diri tu tak bagus.

Aku ni ha kalau mak aku tak bagi duit tu, sampai ke sudah aku tak dapat beli rumah sendiri sebab tak dapat kumpul deposit. Itupun hasil “korban” jual rumah Cheras yang aku membesar sejak kecik kat situ. Harga rumah makin tinggi, rumah murah banyak “investors” kapitalis dah rembat, yang ada cuma rumah mahal-mahal. Kos sara hidup makin tinggi. Ringgit Malaysia tak stabil.

Sekian. Kalau ada tak setuju, sorry. I don’t care.

Sumber : Syapik Hassan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...