Tak Salah Nak Check Kan? Ingatkan Saya Dapat Bantuan – Aliff Syukri

Hiburan

Tak Salah Nak Check Kan? Ingatkan Saya Dapat Bantuan – Aliff Syukri

Baru-baru ini, jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dikecam teruk apabila memuat naik keputusan semakan Bantuan Prithatin Nasional (BPN). Lebih membuatkan netizen bengang apabila Aliff meluahkan rasa sedih dan mempertikaikan mengapa permohonannya itu tidak lulus.

aliff syukri ingkar pkp

Advertisement

Rata-rata netizen mengatakan dia tidak bersyukur dan masih lagi mengharapkan bantuan meskipun sudah kaya raya. Biarlah BPN diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan.

Bagaimanapun, Aliff berkata tindakannya membuat semakan itu sekadar mahu mencuba nasib sekiranya dia layak menerima bantuan kerajaan. Tidak ada salahnya untuk dia berbuat demikian.

aliff syukri sedih bpn tak lulus

Tak salah nak check kan? Ingatkan saya dapat. Jadi saya pun cuba nasib dengan menyemak kelayakan dalam talian.

Kalau dapat saya terima tapi sudah tertulis tak layak jadi saya akur. Cuma orang luar yang berlebihan menggembar-gemburkan perkara ini.

aliff syukri gaji rm3500

Terdahulu, Aliff berkata dalam keadaan yang cukup getir ketika ini, dia sebagai usahawan turut terkesan. Jualan perniagaannya merundum teruk sehingga 90 peratus sepanjang tempoh PKP. Dia berharap kerajaan dapat memberikan bantuan kepada peniaga sepertinya yang turut terjejas berikutan penularan wabak COVID-19.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...