Terdahulu, penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima telah menjadi perhatian netizen selepas memuat naik hantaran video di laman Instagram miliknya.
Menerusi video tersebut, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima binti Ramli dilihat bergelek sakan di majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dipercayai dianjurkan oleh satu parti politik.
Tampil memberi teguran, penceramah bebas, Ustaz Ahmad Fuad Mohamad Mokhtar telah mengeluarkan surat terbuka untuk penyanyi lagu Pulang itu di laman Instagram.
Buat Shima saya cuma minta cik faham yang suasana Malaysia dan Indonesia tidak sama.
Jelas Da’i Fuad, beliau sering turun berdakwah di Indonesia dan mengetahui pasaran hiburan disana berbeza dan lebih ‘berani’. Namun, di Malaysia agama dijaga oleh Mufti dan terdapat perundangan yang memiliharanya.
Tak salah nak berseni tapi ingatlah Agama harus menjadi sendi. Jangan terlebih berhibur sehingga maruah menjadi lebur.
Dalam pada itu, beliau turut menitip pesanan buat Shima untuk menjadi artis yang memberi inspirasi positif dan panduan yang baik untuk masyarakat terutama golongan remaja.
Saya harap Shima dapat mengambil manfaat daripada segala teguran ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.