Sudah menjadi trend selebriti membuka akaun Instagram untuk anak mereka, pelakon Amar Baharin merasakan tidak salah untuk beliau dan isteri melakukan perkara yang sama. Malah, Amar tidak kisah sekiranya ada sesetengah netizen yang mengkritiknya kerana apa yang penting beliau mahu mengabdikan kenangan dan berkongsi perkembangan cahaya matanya itu nanti dengan peminat.
Saya dan isteri sepakat untuk buka akaun media sosial untuk anak kami nanti. Terpulanglah orang suka atau tidak tetapi bagi kami ia penting kerana boleh dijadikan kenangan.
Lagipun ini trend sekarang, jadi kenapa saya tak boleh buat? Rata-rata semua orang ada akaun media sosial dan koleksi gambar mahupun video yang dikongsi itu boleh jadi kenangan 20 tahun akan datang. Tak salah kan.
Dalam pada itu, Amar memberitahu sehingga kini doktor masih belum dapat mengesahkan jantina anak sulungnya itu walaupun Amyra sudah beberapa kali melakukan imbasan kehamilan. Walaubagaimanapun, pasangan ini tidak kisah dengan jantina anak mereka asalkan bayi didalam kandungan sihat dan segala proses kehamilan serta bersalin berjalan lancar.