Tak Salah Kahwin Lelaki Muda Asalkan Bertanggungjawab, Bukan Nak Seronok Sahaja – Rita Rudaini

Hiburan

Tak Salah Kahwin Lelaki Muda Asalkan Bertanggungjawab, Bukan Nak Seronok Sahaja – Rita Rudaini

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita dimana seorang penerbit sudah dilamar oleh seorang pelakon baru yang jauh lebih muda daripadanya dan akan berkahwin hari ini.

Advertisement

Mempunyai pengalaman bersuamikan lelaki muda sebelum ini, pelakon Rita Rudaini berpendapat jarak usia bukanlah penentu untuk rumah tangga yang bahagia. Apa yang penting, lelaki itu haruslah mempunyai sikap yang matang serta bertanggungjawab. Bukan berkahwin untuk seronok.

Tidak salah pun berkahwin dengan lelaki muda, asalkan si lelaki matang dan tahu erti perkahwinan itu apa. Bukan kahwin nak seronok, sebab tengok orang lain kahwin, demi kepentingan peribadi atau sebab keluarga suruh. Apa yang penting, pemikiran lelaki perlu bijak dalam mengatur kehidupan keluarga iaitu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang lelaki dan suami.

Tidak semestinya lelaki muda tak boleh berkahwin. Ada juga lelaki berusia yang belum tentu matang pemikiran dalam hidup. Semua orang silap apabila beranggapan berkahwin dengan orang muda mesti tidak bahagia. Kahwin dengan orang berduit juga mesti bercerai. Semua ini bergantung atas diri masing-masing.

Kebahagiaan ini datang dari pelbagai cara. Jika harmoni rumah tangga maka bahagia lah. Kalau nak keduanya, cari pasangan yang bijak dan matang berfikir dan sanggup menempuh ombak badai rumah tangga.

Adakah ini bermakna masih ada lagi lelaki muda diluar sana yang mampu memikat hati Rita? Kalau ada yang sudi pastikan anda ada ciri-ciri seperti yang Rita katakan diatas dan dapat menerima dirinya dan anak-anak seadanya.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...