“Tak Salah Jadi Kaya, Tapi Harus Seimbang” – Pesanan Terakhir Steve Jobs Pengasas Apple Kepada Semua Masyarakat Dunia

Trending

“Tak Salah Jadi Kaya, Tapi Harus Seimbang” – Pesanan Terakhir Steve Jobs Pengasas Apple Kepada Semua Masyarakat Dunia

10530730_10208350328694758_8545783689125778223_n

Steve Jobs adalah satu nama besar dalam industri teknologi yang dikenali seluruh dunia. Beliau adalah individu yang memacu kejayaan Apple sehingga hari ini. Sebut je jenama Apple dah pasti kita semua mengingati individu ini.

Advertisement

Kisahnya bersama syarikat yang diasaskan pada 1976 ini begitu menarik sekali. Pada tahun 1985, ketika syarikat teknologi terbesar ini sedang membina tapak kejayaan.

Steve Jobs telah dipecat akibat keengganan beliau untuk menghentikan projek pengiklanan Super Bowl, namun sayangnya projek itu gagal. 10 tahun kemudian Steve Jobs dibawa kembali ke dalam pengurusan Apple, sebagai usaha terdesak Apple untuk menyelamatkan syarikat itu.

Beliau juga mempunyai ilmu pengaruh yang cukup hebat. Sehinggakan, beliau berjaya mempengaruhi President of PepsiCo, John Sculley untuk meninggalkan syarikat itu dan sama-sama membantu beliau membangunkan syarikat Apple.

Namun, disebalik kejayaannya ada suatu kisah yang mungkin ramai yang tidak tahu..

Ini adalah kisahnya…. Pesanan Terakhir Steve Jobs.

 

“Saya sudah pun mengecapi semua kejayaan dalam dunia perniagaan”.

Pandangan orang lain, hidup saya adalah SEMPURNA!. Walau bagaimanapun, selain dari bekerja setiap hari, sebenarnya saya mempunyai hanya SEDIKIT kegembiraan. Akhirnya, hanyalah “kekayaan” yang saya kejar dalam kehidupan saya.

Pada ketika ini, saya berbaring di atas katil sebagai pesakit dan mengimbas kembali seluruh hidup saya, saya sedar bahawa semua pengiktirafan dan kekayaan yang saya sangat bangga selama ini sebenarnya akan menjadi sia-sia ketika menghadapi kematian.

Masa untuk “pergi” semakin tiba.
Sekarang baru saya sedar!, apabila saya telah mengumpul kekayaan (Billion Ringgit) yang sangat mencukupi untuk menyara seumur hidup keluarga saya, saya terlepas pandang bahawa, realitinya dalam kehidupan kita perlu meneruskan perkara-perkara lain yang TIDAK berkaitan dengan KEKAYAAN semata-mata …. TIDAK SALAH MENJADI KAYA, TAPI HARUS SEIMBANG.

Jika anda tanpa henti mengejar “kekayaan” semata-mata, anda hanya akan bertukar menjadi seorang makhluk seperti saya.

Tuhan telah memberikan kita deria untuk merasa rasa cinta dan kasih sayang ikhlas dengan orang disekeliling kita, dan itu lah yang kita perlu hargai.

Ya, saya memang kaya! Dan saya SUKSES dalam hidup saya, namun semua ini saya tidak boleh dibawa ke akhirat bersama saya!.

Apa yang saya boleh bawa hanyalah kenangan, dan peristiwa yang dicetuskan oleh “CINTA & KASIH SAYANG”.

Itulah harta yang sesungguhnya yang akan BERSAMA ANDA, menemani anda, memberi anda kekuatan dan HARAPAN untuk HIDUP!. “DENGAN CINTA DAN KASIH SAYANG” anda boleh melakukan perjalanan jauh walaupun seribu batu.

Hidup anda tidak mempunyai batas! Pergi sahaja di mana anda mahu pergi. Mencapai ketinggian yang anda ingin kecapi!

Tahukah anda, apakah katil yang paling mahal di dunia? – jawapannya “Katil Pesakit”.

Anda boleh mengambil pekerja untuk memandu kereta untuk anda, membuat wang untuk anda, TETAPI anda TIDAK BOLEH membayar seseorang untuk menanggung penyakit itu untuk anda.

Jika anda hilang sesuatu kebendaan, anda boleh mendapatkannya semula. Akan tetapi ada satu perkara yang tidak boleh didapati apabila ia hilang, iaitu – “Kehidupan Sebenar”.

Apabila seseorang masuk ke dalam bilik pembedahan, dia akan sedar bahawa terdapat satu perkara yang masih belum lakukan , iaitu “Kehidupan Yang Sihat”.

Mana-mana peringkat dalam kehidupan kita sejajar dengan peredaran masa, anda perlu tahu, kita akan pergi juga suatu hari nanti.

“HARGAILAH KASIH SAYANG” keluarga anda, cinta kepada pasangan anda, AKRAB untuk rakan-rakan anda. Belai diri anda dengan baik. Hargailah orang lain”

-Steve Jobs-

Apa yang kita boleh ambil iktibar dalam kisah ni, kekayaan sebenar bukan semata-mata kerana wang ringgit, tapi kita kene menghargai apa yang kita dalam hidup seperti nikmat sihat, kasih sayang dan keluarga.

sumber : blog ammar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...