Beberapa hari yang lalu, seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati selepas satu kedai nasi lemak di Kampung Baru menggenakan caj RM1 kerana menggunakan bilik yang mempunyai penghawa dingin (aircond).
Tak salah kenakan caj guna ‘aircond’ RM1
Bagaimanapun, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tampil menyatakan tindakan tersebut tidak salah kerana sudah dipamerkan di pintu masuk kedai terbabit.
Hasil pemeriksaan mendapati harga bagi makanan, minuman serta caj perkhidmatan mematuhi dasar harga terangkum seperti yang diperuntukkan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
Difahamkan lagi melalui laporan Harian Metro, pemeriksaan lanjut dilakukan dan mendapati caj RM1 untuk penggunaan aircond hanya dikenakan kepada orang dewasa, tidak buat kanak-kanak berusia 10 tahun ke bawah.
Pekerja maklumkan kepada pelanggan
Pekerja premis juga akan memberitahu terlebih dahulu kepada pelanggan yang ingin masuk ke dalam bilik berhawa dingin berkenaan.
Stop la bawak budaya semua benda nak caj ni, sampai ekon pun nak caj. biar satu negara sebelah je yang amalkan benda benda macam ni. pic.twitter.com/sZspIPfdyB
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) November 7, 2024
Susulan hantaran individu yang meluahkan rasa tidak puas hati itu viral, pemilik kedai nasi lemak berkenaan telah mengambil tindakan sewajarnya dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa demi menjaga nama baik kedainya.