Sejak Ahad yang lalu, tular satu video yang memaparkan seorang murid sekolah rendah ditengking oleh sekumpulan guru di kantin sekolah sehingga menyebabkan kanak-kanak itu menangis teresak-esak.
Susulan itu, Dr. Raihana Ismail tampil memberi teguran secara terbuka kepada para pendidik agar tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman tanpa mengambil kira impak terhadap para pelajar.

gambar hiasan
Bayangkan, seorang guru menuduh anak murid secara terbuka, depan kelas, depan kawan-kawan tampa siasat dan tanya dulu apa yang berlaku dalam hati kecil murid itu. Apa jadi pada self-esteem anak?
Satu tuduhan terbuka adalah retakan besar pada keyakinan diri. Anak mula rasa dia tidak dihargai, dia tak boleh dipercayai, suara dia tak penting dan lebih teruk, dia mula percaya ‘aku memang bersalah walau aku tak buat’.
Dr Raihana turut berkongsi tanda-tanda jika seseorang pelajar sudah memasuki zon stres melampau iaitu:
-
Tak mahu ke sekolah dan mencipta pelbagai alasan
-
Senyap tiba-tiba apabila ditanya
-
Menangis diam-diam di dalam bilik
-
Rasa takut dengan semua autoriti seperti guru, ibu bapa atau sesiapa yang tegas
-
Mula rasa regression (mundur), gagal bina empati, takut bercakap depan orang, otak memasuki mode survival dan bukan pembelajaran.
Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa tidak salah apabila cikgu mahu mendisiplinkan murid, tapi apabila hukuman bertukar menjadi penghinaan, trauma jangka panjang yang akan terbina.
Kanak-kanak bukan pinggan kaca yang mudah pecah tapi apabila pecah, akan tinggal cuma serpihan yang susah untuk cantum semula. Marah apabila perlu tapi jangan hina.
@dr.raihana.ismail KITA SERING MENILAI SIAPA YANG MENEGUR, BUKANNYA APA YANG DITEGUR. Cara teguran mulia yang diajar Rasulullah saw : 1. Gunakan gaya bahasa yang sesuai, Tidak merendah rendahkan orang yang ditegur. 2. Waktu yang sesuai untuk menegur. 3. Memahami kedudukan orang yang ditegur. 4. Lakukan secara sembunyi. Berilah teguran dengan niat yang ikhlas & cara yang penuh hikmah agar teguran dapat diterima dengan hati terbuka, inshaa Allah. Dan ALLAH Lebih Mengetahui. Peringatan dan pengajaran ni dituju untuk diri sendiri. #PendidikanBerempati #HargaDiriKanakkanak #efferty #drraihanaismailofficial ♬ original sound – DR. Raihana Ismail | Efferty