Tak Sakitkan Hati Suami, Wawa Zainal Akui Makin Murah Rezeki

Hiburan

Tak Sakitkan Hati Suami, Wawa Zainal Akui Makin Murah Rezeki

Mengakui sebelum ini dirinya sering kali menyakiti hati suaminya Aeril Zafrel, pelakon dan usahawan Wawa Zainal yang kini telah memasuki tahun ketujuh berumah tangga mendedahkan segelanya berubah apabila dia mengubah sikap dan menjaga hubungan dengan suami.

Tak Sakitkan Hati Suami, Wawa Zainal Akui Makin Murah Rezeki

Advertisement

Ujar Wawa, selepas mengutamakan pasangan serta keluarga rezekinya kini difahamkan semakin terbuka luas malah memudahkan urusannya mengecapi kebahagiaan rumah tangga bersama pasangan dan anak-anak.

“Saya selalu kongsi dalam seminar bahawa rezeki saya berubah 360 darjah selepas saya mengubah sikap saya, sebelum ini saya suka bergaduh, sakitkan hati Aeril dan suka cari fasal. Kadang-kadang benda kecil pun nak diperbesarkan! Selepas saya ubah sikap, rezeki kami pun semakin baik.”

Menurut Wawa, mereka sebelum ini mendedahkan pernah diuji dengan pelbagai dugaan namun beliau sentiasa bersabar dan berpegang kepada prinsip sesebuah ikatan perkahwinan. Malah langsung tidak menolak bahawa saling memaafkan merupakan faktor penting dalam kebahagian hidup berkeluarga.

Tak Sakitkan Hati Suami, Wawa Zainal Akui Makin Murah Rezeki

“Ramai taanya rahsia kekalkan keharmonian rumah tangga, tipulah kalau kita kahwin tak ada masalah. Masa mula-mula kahwin tu memang ada gaduh tapi apabila dah jadi suami isteri baru kita tahu 100 peratus tentang perangai pasangan dan dalam tempoh itulah ujian sebenarnya.”

Tak Sakitkan Hati Suami, Wawa Zainal Akui Makin Murah Rezeki

Terdahulu, Wawa telah selamat bergelar isteri kepada Aeril pada 2013. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa dan Aya Soffya.

Sumber: mStar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...