Tak Sakit Mata Lepas Ni! HUAWEI MatePad 11.5”S Edisi PaperMatte, Anti-Silau & Beri Pengalaman Lebih Baik Daripada PC

Branded

Tak Sakit Mata Lepas Ni! HUAWEI MatePad 11.5”S Edisi PaperMatte, Anti-Silau & Beri Pengalaman Lebih Baik Daripada PC

Bagi yang sering bekerja dari mana saja atau pelajar, peranti on-the-go seperti tab pastinya menjadi satu kewajiban untuk dimiliki kerana ia ringan dan mudah di bawa ke mana saja.

Kali ni kami nak kongsikan satu peranti dari HUAWEI iaitu HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition.

Paparan Revolusi: Mesra Mata

Ciri utama HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition ini ialah ia hadir dengan skrin anti-silau dan anti-pantulan untuk memastikan pengalaman tontonan yang selesa.

Lapisan optik nano yang dikawal secara magnetik, paparan ini mempunyai lapisan pelbagai yang mengurangkan pantulan cahaya dan meningkatkan transmisi cahaya untuk paparan yang lebih jelas dan tak menjejaskan warna aslinya.

Secara tak langsung silau dapat dikurangkan dengan ketara dan ia memberikan keselesaan visual yang lebih baik, sesuai untuk mereka yang perlu bekerja atau belajar di hadapan skrin untuk tempoh yang lama.

Dengan 27 lapisan pencahayaan lembut, paparan ini mengurangkan reflektifiti skrin sebanyak 60%, menjadikannya lebih ‘lembut’ pada mata.

Selain itu, mod warna sebenar tablet ini, dikuasakan oleh algoritma pemetaan warna yang dipatenkan. Ia mencipta semula pengalaman membaca seperti pada kertas sebenar dengan menyesuaikan kecerahan skrin, warna, dan suhu.

Algoritma ini memetakan ribuan warna dari gamut warna paparan RGB kepada gamut warna lukisan CMYK, menghasilkan kesan seperti kertas sebenar.

Menerusi teknolog ini HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition ini berjaya mendapat banyak perakuan perlindungan mata:

-SGS Low Visual Fatigue Premium Performance Certification

-TÜV Rheinland Reflection-Free Certification

-TÜV Rheinland Low Blue Light (Hardware Solution) Certification

-TÜV Rheinland Flicker-Free Certification

GoPaint: Impian Artis Digital

Salah satu ciri yang paling menarik dari tablet ini ialah aplikasi GoPaint, aplikasi melukis yang kuat dan mudah digunakan. Ia memberikan kesan sebenar, menyokong pelbagai tekstur realistik untuk rupa dan rasa kanvas.

Aplikasi ini termasuk simulasi kertas digital unik yang membolehkan pengguna menerapkan pelbagai tekstur kertas mengikut gaya seni mereka dan melaraskan parameter tekstur dan bayang-bayang, mencipta pengalaman melukis yang realistik pada tablet.

Dengan tekstur yang dimuatkan terlebih dahulu untuk gaya seperti lukisan minyak dan dakwat, pengguna tidak perlu mencari tekstur tambahan dalam talian.

Aplikasi GoPaint dilengkapi dengan berus yang pelbagai dan boleh disesuaikan, dipasang terlebih dahulu dengan lebih daripada 100 jenis berus. HUAWEI bekerjasama dengan Akademi Seni China (CAA) untuk menyesuaikan dan mencipta berus profesional untuk pengguna, menawarkan pilihan seperti berus cat air, lukisan minyak, dan cuci dakwat.

Ini memudahkan artis mencari berus yang sempurna untuk karya mereka.

Ciri menonjol lain ialah kapasiti lapisan kanvas yang dipertingkat, membolehkan sehingga 320 lapisan, 15% lebih tinggi berbanding jenama pesaing. Ini membolehkan karya seni yang lebih kompleks dan terperinci.

Selain itu, ia turut menawarkan lebih dari 8 isyarat dan pintasan, termasuk urung, ulang, dan menangkap warna dengan menekan dan menahan, meningkatkan pengalaman pengguna secara keseluruhan. Isyarat ini boleh dipelajari dari “Bantuan & Panduan” dalam tetapan.

Jika dibandingkan GoPaint dengan Procreate, GoPaint yang baru tersedia setahun di pasaran sudah 90 peratus menyerupai Procreate, yang telah dibangunkan dan dipasarkan selama lebih 10 tahun.

Paling best, GoPaint adalah percuma dan turut menawarkan mod untuk pengguna tangan kiri, membolehkan pengguna mengubah kedudukan alat bar untuk melukis dengan lebih selesa, manakala Procreate adalah berbayar dan hanya tersedia untuk mod tangan kanan.

Ofis Pintar Menawarkan Produktiviti Terbaik

HUAWEI MatePad 11.”Ss PaperMatte Edition bukan hanya untuk artis; ia juga merupakan gajet terbaik untuk meingkatkan produktiviti. HUAWEI M-Pencil (NearLink) menawarkan latensi ultra rendah dan 10K tahap penderiaan tekanan, memastikan lukisan yang lancar dan tepat.

Korang boleh letak 20 helai kertas atas tablet dan menggunakan HUAWEI M-Pencil untuk melukis, tanpa sebarang masalah.

Papan Kekunci Magnetik Pintar pula memberikan mod penggunaan yang berbeza sama ada dalam keadaan laptop terhubung, terpisah dan Studio. Manakala, reka bentuknya yang langsing dan ringan memudahkan untuk dibawa dan digunakan, sementara WPS Office peringkat PC menawarkan ciri-ciri seperti UI peringkat PC, interaksi papan kekunci dan tetikus, PivotTable, penyisipan formula, dan garis grid dan pembaris.

Ini membolehkan pengendalian dokumen yang cekap, sama ada melalui WPS Writer, PPT, Word, atau Excel.

Selain itu, ciri SuperHub memberikan gaya pembentangan tanpa gangguan, menjadikan tablet ini peranti hebat untuk profesional.

Pembelajaran Lebih Efisien & Prestasi Meningkat

Untuk pelajar dan profesional, HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition menawarkan HUAWEI Notes, yang membolehkan pengguna merakam audio bersama-sama nota mereka.

Ciri pantas HUAWEI Notes membolehkan pengguna mengetuk skrin dengan dua jari untuk membatalkan dan tiga jari untuk memulihkan, menjadikan pengambilan nota lebih cekap dan intuitif.

Dengan hayat bateri panjang 8800 mAh, tablet ini memastikan penggunaan berpanjangan tanpa perlu kerap mengecas, menjadikannya sempurna untuk mereka yang sentiasa on-the-go.

AppGallery: Cari Aplikasi Kegemaran

AppGallery HUAWEI memudahkan pengguna untuk mencari aplikasi kegemaran. Korang boleh mencari aplikasi yang sering digunakan seperti Maybank, WhatsApp, Instagram, dan banyak lagi dengan mudah.

Aplikasi asli Google seperti Google Drive juga tersedia. Kalau ada aplikasi yang korang tak boleh download daripada AppGallery seperti Netflix atau HSBC Malaysia, korang kini boleh muat turun dari Google Play Store.

Kadar Segar Semula 144Hz Dengan Cip HUAWEI Kirin 9000WL

Kami boleh katakan yang HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition ialah peranti yang mengagumkan. Ia hadir dengan cip HUAWEI Kirin 9000WL Octa Core yang memberikan prestasi dan kecekapan terkini.

Kadar segar semula skrinnya pula ialah 144Hz, bagi memastikan pengalaman visual yang lancar dan berdefinisi tinggi.

HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition Teman Produktiviti Anda

Dapatkan HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition di Laman Web Rasmi HUAWEI, Kedai Utama HUAWEI di Lazada, Kedai Rasmi HUAWEI di Shopee, atau mana-mana Kedai Pengalaman HUAWEI.

HUAWEI MatePad 11.5”S PaperMatte Edition boleh dimiliki pada harga RM2,499

Jika pra tempah sekarang, korang akan dapat Papan Kekunci Magnetik Pintar HUAWEI, HUAWEI M-Pencil Generasi ke-3, Tetikus HUAWEI, HUAWEI FreeBuds 5i, baucher bernilai RM200, jumlah hadiah sebanyak RM2,046.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...