Hubungan rapat antara penyanyi Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus menjadi perhatian warganet apabila timbul spekulasi bahawa pasangan tersebut mungkin bakal melangkah ke fasa baharu dalam masa terdekat.
Perkara itu mula diperkatakan selepas beberapa petunjuk yang didakwa berkait dengan persiapan tertentu mula tular di media sosial. Malah, isu tersebut turut menjadi perbualan dalam kalangan rakan artis dan ahli politik.

Lebih mencuri perhatian apabila Anwar Ibrahim dilaporkan turut bertanya mengenai perkara berkenaan. Di platform Threads pula, ramai pengguna media sosial membuat spekulasi bahawa pasangan itu mungkin bakal disatukan tidak lama lagi.
Dalam masa sama, seorang pelakon dan penyanyi wanita turut mencetuskan tanda tanya apabila berkongsi mengenai pakaian yang akan dipakainya untuk satu majlis penting dalam masa terdekat.


“Saya ada baju ini warna kuning yang mana akan dipakai pada majlis yang bermakna dalam masa terdekat. Ia adalah bagi meraikan kebahagaian rakan saya.”
Di ruangan komen, beberapa peminat turut mendakwa bahawa abang kepada Syed Saddiq sedang mencari pakaian berwarna kuning yang dikatakan akan dipakai pada 28 Mac ini.
Untuk rekod, Bella Astillah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Aliff Aziz pada 9 September 2016. Namun, pasangan itu sah bercerai buat kali kedua pada 13 Jun 2024.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

