Tak tahulah korang macam mana tapi Abang Nara serious geram tengok pelamin dengan hiasan perkahwinan Ayu Raudhah dan Zaquan nie. Lawak gila!! Kalau ada bajet lebih, rasa nak buat wedding Abang Nara nanti macam diorang berdua. Tapi confirm akan terlebih bajet kalau nak tiru diorang.
Oh ye, esok malam Abang Nara telah dijemput oleh SetelKahwin untuk menghadiri majlis pra pelancaran dan sidang media Festival Pengantin Malaysia serta meraikan pasangan pengantin selebriti Ayu Raudhah Che Wan dengan Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak.
Event ini akan diadakan pada 26hb Januari 2011 jam 8.00 malam bertempat di Beach Hut Mines Wellness Hotel, Mines Resort City, Seri Kembangan, Kuala Lumpur di dalam suasana bertemakan Ocean, Blue, Mediterranean “Hangatnya Cinta”.
Festival Pengantin Malaysia telah ditubuhkan oleh SetelKahwin dan Dirich Vision untuk memajukan industri perkahwinan Malaysia. Kalau tak faham sila lawat website www.festivalpengantin.com.
So nanti Abang Nara akan try suruh diorang buat pose istimewa untuk anda semua. Dan kali ini semua gambar-gambar akan diambil menggunakan kamera Abang Nara sendiri. Lagi gambar perkahwinan Ayu dan Zaquan yang diambil oleh Team PhotographyPlanet untuk tatapan anda semua.