Tak Sabarnya Nak Balik Kampung! PM Ismail Sabri Bakal Umum Kebenaran Rentas Negeri Dalam Masa Terdekat

Hiburan

Tak Sabarnya Nak Balik Kampung! PM Ismail Sabri Bakal Umum Kebenaran Rentas Negeri Dalam Masa Terdekat

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri baru-baru ini ada membuat pengumuman khas mengenai kebenaran rentas negeri yang dilaporkan akan dimaklumkan tidak lama sahaja lagi.

TikTok
2 bulan lalu

'Teman' Suami Memandu, Wanita Ini Kongsi Tips Tukar Suara Asal Waze Kepada Suara Sendiri

Advertisement

Ujar Ismail Sabri, kebenaran itu akan dikuatkuasakan secara serentak di seluruh negeri setelah kadar vaksinasi populasi dewasa telah mencapai 90 peratus secara keseluruhan.

Tambah beliau, keputusan tersebut akan diumumkan beliau dalam beberapa hari lagi.

Advertisement

Serentak seluruh negara. Kalau seluruh negara dah capai 90 peratus (kadar vaksinasi), kita jangka purata negeri-negeri sudah pun melebihi 80 peratus.

Jadi sebab itulah kita akan umumkan dalam waktu terdekat, sehari, dua hari, tiga hari ke tak tahulah. Tunggulah tapi tak lama dah.

Beliau ditemui ketika sidang media selepas Majlis Prapelancaran Keluarga Malaysia di Angkasapuri, semalam.

Kadar vaksinasiSumber : Google  

Terdahulu, kerajaan telah menetapkan kadar vaksinasi sebanyak 90 peratus dalam kalangan orang dewasa diperlukan untuk larangan rentas negeri diangkat bagi memudahkan rakyat kembali ke kampung halaman masing-masing setelah hampir dua tahun tidak dibenarkan berbuat demikian.

Setakat hari ini, kadar peratusan vaksinasi orang dewasa yang telah lengkap dua dos adalah sebanyak 89.4 peratus.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    October 11, 2021 at 3:33 pm

    hati2. bace doa tolak bala doa tawakkal banyak2. mudah2an diselamatkan dari sebarang bencana dan penyakit merbahaya. semoga parents2 kite sentiasa terpelihara bawah naungan perllindungan Allah.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...