Tak Sabar Nak Sambut Aidilfitri? Ini 5 Perkara ‘WAJIB’ Perlu Dilakukan Sebelum Pulang Ke Kampung

Kehidupan

Tak Sabar Nak Sambut Aidilfitri? Ini 5 Perkara ‘WAJIB’ Perlu Dilakukan Sebelum Pulang Ke Kampung

Pejam cilik, lagi beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan lebih mengembirakan, pada tahun ini setiap masyarakat boleh balik ke kampung halaman setelah dua tahun tidak dapat beraya bersama-sama keluarga dan sanak saudara.

Sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman setelah dua tahun, namun keselamatan sebelum ke kampung juga perlu dititik beratkan juga oleh orang ramai.

Advertisement

Ini adalah lima (5) perkara yang wajib perlu anda lakukan sebelum pulang bercuti agar perjalanan ke kampung berjalan dengan lancar.

1. Periksa kenderaan dan tiket perjalanan

periksa enjin keretaSumber : Google 

Perkara pertama yang penting untuk anda lakukan jika ingin bergerak jauh adalah memeriksa kereta sebaik mungkin. Seperti memeriksa keadaan tayar, brek, pendingan hawa dan keseluruhan komponen kereta berada dalam keadaan baik.

Pada sesiapa yang pulang menaiki kenderaan awam seperti bas pula, pastikan ada lihat tarikh serta masa di tiket terbabit agar tidak terlepas pandang.

2. Keselamatan rumah

kawasan rumahSumber : Google 

Sebelum keluar rumah untuk pulang ke kampung halaman, anda perlu pastikan segala suis elektrik yang digunakan di dalam rumah ditutup agar tidak ada berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini.

3. Maklumkan kepada pihak polis dan jiran terdekat

periksa pihak polisSumber : Google 

Selain itu, anda juga diingatkan untuk melaporkan kepada pihak polis ataupun jiran yang tidak pulang ke kampung tentang ketidakberadaan di rumah agar ia dapat dipantau semasa anda sekeluarga pulang ke kampung halaman.

4. Tambah nilai Touch & Go terlebih awal

topup touch n goSumber : Google 

Touch & Go merupakan perkara penting yang perlu ada jika anda ingin pulang ke kampung kerana sudah pasti akan lalui tol sebelum memasuki mana-mana negeri. Jadi, lebih baik jika anda menambah nilai terlebih awal agar tidak tergopoh-gapah semasa hari hendak pulang.

5. Elakkan memandu ketika mengantuk

elak memandu semasa mengantukSumber : Google 

Sebelum memandu, pastikan anda mendapat rehat yang mencukupi agar anda akan sentiasa segar sepanjang perjalanan pulang. Jika benar anda berasa sangat penat serta mengantuk, rehat sementara di kawasan rehat berdekatan untuk elakkan berlakunya kemalangan di jalan raya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

bekas suami Mak Wan bagitahu sebab bercerai
3 years ago

"Dia Punya Akhlak Kurang Baik" - Bekas Suami Dakwa Tertekan Hidup 3 Bulan Bersama Mak Wan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...