Rasanya macam baru sahaja kita berpuasa dan dalam tidak sedar, kita sudah pun hampir ke penghujung Ramadhan dan bakal menyambut Aidilfitri pada minggu hadapan. Tentunya minggu ini, ramai yang sibuk membuat segala persiapan dan tidak sabar untuk menanti tibanya hari raya.
Antara selebriti yang sudah cukup teruja dan tidak sabar untuk menyambut hari raya ialah Rozita Che Wan. Beliau sudah siap gosok semua baju raya untuk dipakai. Namun, tahun ini Che Ta agak bersederhana dan hanya menyiapkan 20 persalinan untuk setiap seorang ahli keluarganya berbanding 30 pasang persalinan tahun lalu.
Dah tak sabaq nak melaram! Tengok baju raya tu rasa dah dekat nak raya. Tapi tahun ini jumlah baju raya kami sekeluarga 20 pasang sahaja tak seperti tahun lepas ada 30 pasang setiap orang. Baju semua dah siap malah baju Melayu anak dan suami saya dah siap pasangkan butang supaya senang.
Wah, semangat betul Che Ta hendak beraya, segalanya sudah disiapkan lebih awal. Apa agaknya fesyen beliau dan keluarga pada tahun ini? Yang pasti, tentunya semua sedondon. Hehe..