Biarpun terpalit dengan kontroversi ‘panas’ melibatkan isu ditangkap khalwat, pelakon Ruhainies memaklumkan karier seninya masih berjalan seperti biasa.
Tak rasa diri diboikot
Melalui laporan mStar, aktres itu memberitahu dia baru saja bekerjasama dengan sebuah jenama dan berpegang kepada prinsip rezeki itu milik Allah SWT.
Tak rasa pun diri ini kena boikot. Kalau betul pun ada, itu diluar bidang kuasa saya. Percaya pada rezeki, kalau Allah dah tetapkan, tetap akan jadi milik saya.
View this post on Instagram
Dalam tempoh berehat
Bahkan, Ruhainies turut pandang pada sudut positif, di mana jika tiada rezekinya pada tahun ini, mungkin rezeki itu hadir pada tahu hadapan.
Dalam pada itu, pelakon drama Sayang Tak Dikenang itu memberitahu kini dia dalam tempoh berehat dan ingin meluangkan masa dengan melancong seluruh dunia.
Banyak juga tawaran berlakon yang masih ‘on hold’ tetapi buat masa sekarang saya rasa mahu berehat dulu. Semua tahu ketika ini saya sedang berdepan ujian.
Kata wanita itu, dia terlibat dalam mempromosikan pelancongan Malaysia jadi dirinya akan pergi ke banyak negara atas tujuan itu.