Sudah sedia maklum satu Malaysia amat mengenali selebriti yang bernama Neelofa, dia bukan saja pakar dalam bidang hiburan, malah turut mempunyai ilmu yang tinggi dalam bidang perniagaan.
Salah satu perniagaannya yang dikenali ramai adalah Nilofa iaitu produk yang menjual susu minuman yang mula dikenali sekitar tahun 2019.
Terdapat beberapa perisa yang dikeluarkan oleh beliau seperti pisang, durian, kurma dan pelbagai lagi.
Aku pun dapat susu nilofa ni. Aku rasa susu nilofa ni tak laku, manufacturing date 2020, expiry date 09/03/2022. Sebab tu dia sedekah je lah.
Jujurnya, bila aku rasa susu perisa durian ni, tak rasa durian langsung. Rasa durian sintetik je. Susu perisa pisang dia pun out. pic.twitter.com/4PfjTdyA5S
— ZaYeD ZulFikLi (@ZZulfikli) March 3, 2022
Bagaimanapun, baru-baru ini kecoh di media sosial memaparkan beberapa buah kereta sedang beratur panjang di gudang Nilofa yang terletak di Meru, Klang dan difahamkan, sesiapa saja boleh mengambil susu berperisa durian secara percuma.
Namun, apabila meninjau di setiap ruangan komen hantaran yang memaparkan video terbabit, ada yang memberitahu sebab susu tersebut dibenarkan untuk ambil secara percuma berkotak-kotak kerana sudah menghampiri tarikh luputnya.
Dalam pada itu, ada juga yang memberitahu susu terbabit boleh didapati secara atas talian dan hanya perlu membayar caj penghantaran sahaja.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.