Pensohor media sosial Ryan Bakery tampil memberi respon setelah persembahannya bersama adik, Adam Bakery di Famili Duo dikritik tidak sedap dan tidak menepati standard.
Ketika ditemui media, kedua-duanya menerima komen yang diberikan juri iaitu Ajai dengan hati yang terbuka dan akan menggunakan nasihat tersebut sebagai cara untuk memperbaiki persembahan mereka pada minggu akan datang.
Pada kami, tak rasa apa-apa. Tapi kami ambil komen tu sebagai penambahbaikan sebab kami pun bukan penyanyi. Bila masuk familiduo ni, sedikit sebanyak benda baru kami belajar. Apa yang dia cakap tu, kami hormati dan terima.
Akui Ryan dan Adam, mereka sebenarnya gugup dan gementar ketika berada di atas pentas selain beranggapan kemungkinan besar pemilihan lagu menjadi punca persembahan mereka kurang memuaskan pada malam itu.
Saya tak menyesal, sebab ini pertandingan. Kalau kalah, tersingkir, kalau menang, rezeki. Tapi kami berani masuk program ni, segala cabaran dan rintangan kami hadapi, dan apa yang berlaku jadi pengajaran.
Terdahulu, juri program nyanyian Famili Duo iaitu Ajai berterus terang mengatakan suara kedua adik beradik ini sumbang dan menganggu telinganya.
Ryan dan Adam telah membawa lagu Kau Tigakan Cintaku, nyanyian asal Aulia Rahman dari Indonesia.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.