Tak Puasa Sepanjang Ramadan, Shila Amzah Malas Layan Geng ‘Terpaling’ – “Badan Orang Lain-Lain..”

Hiburan

Tak Puasa Sepanjang Ramadan, Shila Amzah Malas Layan Geng ‘Terpaling’ – “Badan Orang Lain-Lain..”

Penyanyi terkenal, Shila Amzah baru-baru ini ada berkongsi mengenai Ramadan tahun ini di mana dia tidak menjalankan ibadah puasa atas sebab-sebab tertentu.

Berikutan itu, penyanyi itu teruk dikecam oleh sesetengah netizen yang mendakwanya sebagai seorang yang tidak sensitif.

Advertisement

Enggan lagi membiarkan netizen mengecamnya, Shila bertegas bahawa dia mempunyai sebab tersendiri mengapa dirinya tidak berpuasa pada tahun ini.

Saya pembawa thalasemia jadi masalah tekanan darah memang tak dapat dielakkan.

Jadi jangan kata awak ada masalah tekanan darah rendah boleh berpuasa Badan orang lain-lain, lagi pun saya mengandung, Allahu mana nak sama betul tak?

Tambahnya, dia sememangnya malas melayan golongan ‘baik beli’ dan ‘terpaling’ itu.

Tekanan darah rendah ini memang masalah, jalan sikit pening, berdiri lama pun rasa pening. Ada satu hari saya nak beli barang dengan Ubai, Ya Allah memang rasa nak pita. Makan ubat semua sudah tapi itulah dugaan nak buat macam mana.

Dia dalam pada itu memohon doa orang ramai agar bayi dalam kandungannya kini sihat dan dipermudahkan urusan bersalin kelak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

aliff satar
9 months ago

"Influencer Yang Sebenar.." - Tular Video Aliff Satar Baca Surah Dalam Al-Quran, Netizen Puji Tajwid Sangat Sempurna

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : HibGlam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...