Tak Puas Hati Video Tersebar, Cikgu Fadilah Tampil Buat Laporan Polis – “Polis Periksa Phone Tapi Tak Jumpa Video..”

Trending

Tak Puas Hati Video Tersebar, Cikgu Fadilah Tampil Buat Laporan Polis – “Polis Periksa Phone Tapi Tak Jumpa Video..”

Guru sekolah menengah, Cikgu Nur Fadilah Zainal yang sebelum ini dikenakan denda kerana cubaan melakukan perbuatan tidak bermoral bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Abang Wiring’, kini tampil membuat laporan polis selepas mendakwa video seks dirinya tersebar.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah mengesahkan laporan itu diterima dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang.

Advertisement

cikgu abang wiring

Selain itu, siasatan turut dibuka di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurut beliau, telefon bimbit milik guru terbabit dan juga ‘Abang Wiring’, atau nama sebenarnya Muhammad Hairul Ezuan Hamzah, telah diperiksa namun polis tidak menemui sebarang video, dipercayai telah dipadamkan.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.

Terdahulu, kedua-dua individu berusia 31 tahun itu mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Ayer Keroh atas pertuduhan cubaan melakukan persetubuhan haram. Mereka dikenakan denda RM5,000 atau enam bulan penjara sekiranya gagal membayar.

cikgu abang wiring

Sementara itu, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka, Datuk Rahmad Mariman memaklumkan bahawa guru berkenaan kini ditugaskan di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan belum dipindahkan ke mana-mana sekolah lain.

Mengaku Bersalah Cuba Lakukan Zina, 'Abang Wiring' Rayu Denda Dikurangkan - "Saya Dah Solat Taubat & Akan Bertanggungjawab Terhadap Cikgu Fadilah.."
2 days ago

Mengaku Bersalah Cuba Lakukan Zina, 'Abang Wiring' Rayu Denda Dikurangkan - "Saya Dah Solat Taubat & Akan Bertanggungjawab Terhadap Cikgu Fadilah.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...