Tak Puas Hati Terima Surat Dari Peguam Syariah Punca Isteri ‘Mengamuk’ – “Dia Ambil Kayu, Pukul Musa”

Trending

Tak Puas Hati Terima Surat Dari Peguam Syariah Punca Isteri ‘Mengamuk’ – “Dia Ambil Kayu, Pukul Musa”

Sejak semalam, tular satu rakaman video mempamerkan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan didakwa bergaduh dengan isteri keduanya.

Rakaman itu tersebar di media sosial namun tuan empunya badan berpesan kepada orang ramai untuk tidak masuk campur urusan peribadinya.

Advertisement

2 years ago

Video Gaduh Dengan Isteri Kedua, TS Musa Hassan Pesan Jangan Masuk Campur - "Siapa Buat Spekulasi Akan Berdepan Tindakan Undang-Undang"

Dalam pada itu, peguam yang mewakili beliau telah pun ke balai polis untuk membuat laporan tentang video perbalahan yang berlaku dan tular di internet.

Ahmad Faruq Sidik daripada tetuan Hisham & Partners telah membuat laporan bagi pihak anakguamnya dan mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku.

Kejadian itu disahkan berlaku di rumah isterinya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur ketika beliau ke sana untuk berikan wang perbelanjaan dan membeli buku anaknya di sekolah.

Beliau telah datang berjumpa isteri beliau bernama Elly Efizahwati Binti Abdul Jalil, bertujuan ingin berjumpa isteri dan anak beliau serta menyerahkan wang sebanyak RM5,000.00 untuk perbelanjaan dan juga membeli buku anaknya di sekolah.”

Menurut laporan yang dibuat, ketika Musa sampai di rumah, isterinya itu meluahkan rasa tidak puas hati kerana telah menerima surat daripada peguam syariah.

Wanita itu kemudian keluarkan telefon dan merakam video tanpa tujuan yang pasti meskipun telah dilarang menyebabkan Musa merampas telefon tersebut.

Disebabkan itu, isterinya mengambil sebatang kayu dan memukul Musa sehingga jatuh terduduk dan kemudian mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Universiti Malaya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...