Tak Puas Hati Pembahagian Harta Pusaka Ayah, Anak Kerat 15 Mayat Ibu & Sumbat Dalam Tangki Najis

Trending

Tak Puas Hati Pembahagian Harta Pusaka Ayah, Anak Kerat 15 Mayat Ibu & Sumbat Dalam Tangki Najis

Bau busuk luar biasa yang dihidu oleh jiran membongkar penemuan cebisan mayat di dalam sebuah saluran lubang najis.

Itulah kejadian yang berlaku di Taman Kerian, Parit Buntar, Perak semalam di mana polis telah menjumpai 15 potongan daging menyerupai anggota badan manusia di dalam tangki kumbahan sebuah rumah di situ.

Advertisement

Menurut Harian Metro, mayat dikenal pasti merupakan seorang warga emas berusia 68 tahun dan pihak polis difahamkan telah menahan suspek, lelaki berusia 42 tahun yang juga merupakan anak mangsa.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalatrash Wahid berkata pihaknya turut merampas sebilah parang, dua pisau dan barangan yang digunakan suspek dalam pembunuhan dilakukan itu.

Sisasatan awal mendapati motif suspek membunuh ibunya adalah kerana tidak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka peninggalan bapanya.

Dalam satu kenyataan terkini, Datuk Mior turut berkata suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan masalah mental.

Kita mempercayai suspek bertindak mengetuk kepala mangsa dulu kemudian baru mengerat.

Difahamkan, kes bermula apabila salah seorang anak mangsa membuat laporan polis selepas ibu mereka yang kebiasaannya menjawab panggilan telefon setiap hari, hilang tiba-tiba.

Anak yang lain akan menghubungi ibu mereka setiap hari tetapi pada 28 Mei lalu, telefon dijawab oleh suspek yang mengatakan mangsa keluar rumah dan tidak pulang.”

Hasil siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kes bukit putus
3 years ago

Tak Sangka! Suspek Pembunuhan Bukit Putus Pernah Terlibat Kes Dera Dan Sembunyi Mayat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...