Tak Puas Hati Minta ‘Getback’ Tapi Ditolak, Lelaki Sanggup Tikam Bekas Tunang Sampai Mati 

Kehidupan

Tak Puas Hati Minta ‘Getback’ Tapi Ditolak, Lelaki Sanggup Tikam Bekas Tunang Sampai Mati 

Belum habis mengenai berita seorang gadis yang dibunuh kejam oleh teman lelakinya gara-gara enggan merahsiakan kandungan berusia 4 bulan, rakyat Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan berita mengenai seorang wanita yang mati ditikam oleh bekas tunangnya.

Menurut laporan Harian Metro, wanita yang merupakan pembantu kedai itu dipercayai dibunuh oleh bekas tunangnya selepas ditemui terlentang di lantai kedai dengan beberapa kesan tikaman.

Advertisement

Hasil siasatan mendapati, lelaki tersebut kerap mengganggu gadis berkenaan semenjak pertunangan mereka diputuskan dan mendesak untuk diterima semula.

Gara-gara permintaannya ditolak, lelaki itu tidak berpuas hati dan bertindak di luar kawalan lalu mencederakan bekas tunangnya beberapa kali sehingga gadis itu rebah ke lantai.

Sebaik polis tiba di lokasi kejadian, gadis itu masih bernafas dalam keadaan berlumuran darah dan pegawai perubatan segera memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR).

Namun, gadis itu disahkan meninggal dunia dan pemeriksaan awal mendapati beberapa kesan tikaman di tubuhnya.

Difahamkan, pasangan itu sudah berkenalan rapat selama setahun sebelum hubungan pertunangan itu diputuskan atas sebab peribadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, polis telah menahan lelaki terbabit dan merampas sebilah pisau dipercayai digunakan ketika kejadian.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Aku Akan Pastikan Pemergian Kau Terbela, Rehatlah Dik.." - Majikan Mangsa Kes Toreh Perut & Bakar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...