Tak Puas Hati Dengan Pembahagian Harta Pusaka, 3 Beradik Tekad Bakar Rumah Nak Bun*h Ibu Kandung

Kehidupan

Tak Puas Hati Dengan Pembahagian Harta Pusaka, 3 Beradik Tekad Bakar Rumah Nak Bun*h Ibu Kandung

Betullah kata orang, kerana harta seseorang itu boleh ‘buta mata’ hingga menyebabkan pergaduhan dan keluarga menjadi berpecah belah.

Tiga beradik bertindak kejam gara-gara merebut harta pusaka iaitu tanah milik ibu dan masing-masing tidak boleh menerima keputusan pembahagian daripada orang tua mereka itu.

Advertisement

Kejadian itu berlaku di daerah Yen My, wilayah Hung Yen, Vietnam di mana tiga remaja perempuan tergamak membakar rumah yang diduduki bertujuan untuk membunuh ibu kandung mereka.

Rakaman ketika kejadian tersebut berlaku tular di media sosial dan ketiga-tiga anak wanita itu telah menuang satu tin petrol ke lantai rumah dan menyebabkan kebakaran berlaku.

Kejadian yang berlaku pada 30 Oktober lepas itu menyebabkan salah seorang remaja berkenaan melecur di bahagian tangannya sementara ibu mereka dilaporkan melecur di bahagian tangan serta rambut manakala dua lagi remaja terlibat kini sedang dirawat.

Peguam Dinh Thi Nguyen berkata, kejadian itu merupakan satu kes kebakaran yang melanggar undang-undang dan jika berlaku kemalangan jiwa, mereka boleh didakwa di bawah peruntukan Perkara 123 Kanun Keseksaan 2015.

Jika perebutan tanah merupakan punca utama, ia adalah satu perbuatan yang sangat kejam dan terkutuk. Apa pun puncanya, perlakuan ini tidak boleh diterima.”

Polis tempatan dilaporkan bakal memeriksa kawasan kejadian kebakaran itu bagi mengenal pasti jenis jenayah yang berlaku sebelum menjatuhkan hukum mengikut undang-undang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

anak pengasas dnar
2 years ago

(VIDEO) "Tak Cukup Ibu Meninggal Ditangannya.." - Anak Pengasas Dnars Dedah Bapa Tiri Tuntut Harta Jutaan Ringgit

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...