Christine Bong, pemilik restoran makanan Pokok.KL, tampil memberi ulasan mengenai dakwaan penyanyi Sharifah Zarina dan anaknya, Athalia Deena Buswani yang mengatakan bahawa servis yang diberi staff restorannya tidak profesional dan beretika.
Menurut Christine, segala yang didakwa kedua anak beranak itu merupakan fitnah semata-mata kerana notis mengenai penutupan awal restoran berkenaan telah dihebahkan awal dan sudah pun dimaklumkan di media sosial.
Christine juga dilaporkan tidak teragak-agak untuk melantik peguam bagi mewakilinya dalam mengambil tindakan undang-undang sepatutnya terhadap dakwaan yang boleh merosakkan nama perniagaannya itu.
Pemilik restoran tersebut telah menghebahkan perkara itu menerusi ruangan Instagram miliknya,semalam.
“Jadi hari ini pokok.kl disayangi telah diserang oleh individu-individu yang gagal melihat notis penutupan awal kita yang telah dihebahkan di merata tempat. Ada peguan yang mahu mengambil kes fitnah ini terhadap personaliti media sosial (Instafamous) bagi pihak kami?”
Dalam pada itu, Sharifah Zarina dan Athalia dilihat telahpun memadam entri yang tular sebelum ni di kalangan pengguna media sosial.
Mengimbas kembali, tular video TikTok Athalia dan ibunya itu yang memaparkan mereka berdua meluahkan rasa marah di atas layanan tidak wajar diberikan ke atas mereka. Kedua-duanya mendakwa bahawa ingin meraikan majlis ulang tahun di restoran terbabut namun setelah menunggu lama baru diberitahu bahawa restoran akan ditutup awal kerana telah ditempah untuk majlis lain.