Tak Puas Hati Dek Ditahan Untuk Pemeriksaan, Wanita Warga China Cederakan Pegawai Imigresen Di KLIA

Berita

Tak Puas Hati Dek Ditahan Untuk Pemeriksaan, Wanita Warga China Cederakan Pegawai Imigresen Di KLIA

Seorang wanita warga China ditahan selepas bertindak agresif dan mencederakan pegawai kaunter imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.40 malam ketika empat individu warga China, termasuk seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan dua kanak-kanak, hadir untuk pemeriksaan pelepasan imigresen. Semakan mendapati tiada rekod kemasukan mereka ke Malaysia, menyebabkan kes dirujuk kepada penyelia untuk siasatan lanjut.

Advertisement

 

View on Threads

 

Menurut Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), suspek bertindak agresif ketika pemeriksaan pelepasan selepas diminta memberi laluan kepada penumpang lain,

Suspek memaki-hamun pegawai dengan perkataan kesat, menarik tudungnya dan menolak kepalanya ke tiang di hadapan kaunter.

Suspek enggan bertenang walaupun diarahkan, menyebabkan pergelutan kecil sebelum Pasukan Keselamatan Penerbangan (AVSEC) campur tangan.

Akibat serangan itu, pegawai mengalami bengkak di mata kiri, sakit kepala dan lenguh badan, dan dirujuk ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan. Suspek kini ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 186, 332 dan 353 Kanun Keseksaan.

wanita hilang
2025-07-30 15:44:02

Sudah 3 Bulan Lesap! Wanita Malaysia 21 Tahun Hilang Selepas Ke Bangkok Jumpa Teman Lelaki China

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...