“Tak Puas Hati, Cakap Depan” – Ada Pelakon Wanita Dikenali Ramai Burukkan Nama Ayda Jebat?

Hiburan

“Tak Puas Hati, Cakap Depan” – Ada Pelakon Wanita Dikenali Ramai Burukkan Nama Ayda Jebat?

Wujud dakwaan sebelum ini mengatakan terdapat seorang selebriti wanita yang makin mencipta nama di industri hiburan telah memburukkan nama pelakon serta penyanyi, Ayda Jebat.

Sedar akan perbuatan selebriti wanita terbabit, Ayda memilih untuk tidak mengambil peduli dengan apa yang diperkatakan oleh selebriti yang memburukkan namanya itu.

Advertisement

Ayda cuma berharap agar selebriti wanita terbabit yang juga difahamkan seorang pelakon itu untuk bersikap lebih profesional dan berhadapan dengannya seandai ada perkara yang tidak puas hati.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Mungkin dia tiada niat nak bercerita, tapi bila bercakap dengan rakan-rakan artis menyebabkan perkara ini tersebar dan mengeruhkan lagi keadaan.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Pencuri Hati ini juga mendedahkan disebabkan perkara seperti ini dia tidak mempunyai ramai rakan selebriti kerana apabila berjumpa mereka akan bersikap ramah, namun dibelakang memburukkan orang lain.

Tambahannya lagi, sebelum ini pernah terjadi satu kes menyebabkan syarikat produksi menyenarai hitam namanya dan apabila mengetahui hal sebenar, rupa-rupanya ada pelakon yang memburukkan nama Ayda.

Pelakon terbabit turut sempat meninggalkan pesanan agar tidak menjatuhkan kerjayanya dan berhenti untuk bersifat dengki terhadap kejayaan seseorang.

3 bulan lalu

"Saya Dah Tak Nak.." - Tolak Lakonan Mesra & Bersentuhan, Ayda Jebat Jaga Maruah Suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...