Wujud dakwaan sebelum ini mengatakan terdapat seorang selebriti wanita yang makin mencipta nama di industri hiburan telah memburukkan nama pelakon serta penyanyi, Ayda Jebat.
Sedar akan perbuatan selebriti wanita terbabit, Ayda memilih untuk tidak mengambil peduli dengan apa yang diperkatakan oleh selebriti yang memburukkan namanya itu.
Ayda cuma berharap agar selebriti wanita terbabit yang juga difahamkan seorang pelakon itu untuk bersikap lebih profesional dan berhadapan dengannya seandai ada perkara yang tidak puas hati.
View this post on Instagram
Mungkin dia tiada niat nak bercerita, tapi bila bercakap dengan rakan-rakan artis menyebabkan perkara ini tersebar dan mengeruhkan lagi keadaan.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Pencuri Hati ini juga mendedahkan disebabkan perkara seperti ini dia tidak mempunyai ramai rakan selebriti kerana apabila berjumpa mereka akan bersikap ramah, namun dibelakang memburukkan orang lain.
Tambahannya lagi, sebelum ini pernah terjadi satu kes menyebabkan syarikat produksi menyenarai hitam namanya dan apabila mengetahui hal sebenar, rupa-rupanya ada pelakon yang memburukkan nama Ayda.
Pelakon terbabit turut sempat meninggalkan pesanan agar tidak menjatuhkan kerjayanya dan berhenti untuk bersifat dengki terhadap kejayaan seseorang.