Setiap pekerjaan pasti akan ada naik turunnya. Kadang-kadang tu sampai tak terkawal emosi bila berhadapan dengan orang ramai.
Namun, sebagai pekerja yang berdedikasi, kita haruslah menjadi profesional dan tidak mencampurkan urusan peribadi serta menahan emosi bila berhadapan dengan orang.
Baru-baru ni, seorang pekerja di kaunter Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak mampu mengawal emosi dan menegur seorang pelanggan untuk duduk dengan nada yang tinggi.
Apa kes ni… pic.twitter.com/zZIm6vIsjT
— MYNEWSHUB (@mynewshub) May 16, 2022
Apa yang lebih mengejutkan, pekerja tersebut bertindak untuk meninggalkan mejanya dan menghampiri pelanggan berbangsa Cina tersebut, namun berjaya dihalang oleh seorang wanita.
Walaupun punca sebenar masih lagi tidak dikenalpasti, kebanyakkan pengguna Twitter memberi pandangan mereka tersendiri mengenai isu ini.
Apa pun, sebagai penjawat awam, dia tidak profesional dan terlalu emotional
Ada juga yang menyebelahi pihak pekerja tersebut.
Apa pandangan anda tentang isu ni? Apakah antara tindakan positif yang pihak syarikat patut lakukan untuk menjaga kebajikan pekerja mereka?
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.