“Tak Pilih Kasih” – Nombor Plat ‘Fancy’, Tindakan Berani Polis Saman Polis Dapat Pujian Netizen

Trending

“Tak Pilih Kasih” – Nombor Plat ‘Fancy’, Tindakan Berani Polis Saman Polis Dapat Pujian Netizen

Tidak cukup dengan ekzos bising, nombor plat ‘fancy’ juga turut mendapat perhatian apabila masih ramai yang masih melanggar peraturan ini.

Terbaru, jumlah sekatan jalan raya (SJR) dan kompaun yang dikeluarkan sejak penguatkuasaan undang-undang telah menjadi semakin ketat. Bukan itu sahaja, isu ini turut menjadi bualan hangat orang ramai.

Advertisement

Perkara ini mengundang pelbagai reaksi kepada orang ramai lebih-lebih lagi pemeriksaan di SJR telah menyebabkan pengguna jalan raya terpaksa ‘beratur’ di dalam kenderaan sementara tunggu melepasi pemeriksaan pengguatkuasa.

Terbaru, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard serta Cawangan Khas IPK Kedah telah melakukan pemeriksaan mengejut di pintu masuk Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada pagi tadi.

POLIS SAMAN POLIS

Pagi ini Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard serta…

Posted by Polis Kedah on Sunday, 14 March 2021

Antara pemeriksaan yang dilakukan adalah pemeriksaan dokumen sulit, pemeriksaan kenderaan dan pemeriksaan pas keselamatan.

Semasa pemeriksaan dilakukan, beberapa kenderaan milik pegawai dan anggota serta kakitangan awam PDRM Kontingen Kedah telah disaman kerana menggunakan nombor plat ‘fancy’.

Rata-rata pengguna Facebook memberikan pujian kerana tidak ‘pilih kasih’ dengan mendenda sesiapa sahaja yang melanggar peraturan undang-undang.

Sumber : Polis Kedah

Sumber : Polis Kedah

Tahniah diucapkan kepada anggota bertugas kerana tidak ‘memilih bulu’ dalam melaksanakan tanggungjawab. Setidaknya, pihak polis berusaha untuk bersifat lebih adil dan saksama.

Apapun..demi undang-undang negara, lebih baik jika ramai yang dapat menjalankan amanah tanpa mengira status dan darjat.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...