Tak Pilih ‘Bulu’, Fizz Fairuz Minta Siapa Perlukan Pertolongan Mengenai COVID-19 Untuk Hubunginya

Hiburan

Tak Pilih ‘Bulu’, Fizz Fairuz Minta Siapa Perlukan Pertolongan Mengenai COVID-19 Untuk Hubunginya

Pelakon, Datuk Fizz Fairuz yang dilaporkan telah menghulur bantuan kepada pelakon Sherie Merlis yang terperangkap dalam sebuah rumah bersama adiknya yang positif COVID-19 bersama 9 ahli keluarga yang lain tampil memberi pesanan khidmat masyarakat.

Fizz Fairuz
3 years ago

Kena 'Scam' Dengan Datuk Seri Palsu, Fizz Fairuz Rugi RM18,000

Advertisement

Ujar Fizz, sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan berkaitan masalah COVID-19 atau vaksin boleh cuba untuk menghubunginya.

Sebelum ini, Fizz segera menghulurkan pertolongan buat Sherie setelah dimaklumkan isterinya, Datin Almy Nadia.

Selepas berjaya menghubungi Sherie, Fizz terus meminta pertolongan Megaklinik Zahran untuk menguruskan keluarga tersebut.

Pagi semalam isteri saya beritahu Sherie perlukan pertolongan. Saya ini jeni tak boleh tengok orang susah. Tak kira artis atau sesiapa saja. Saya ada DM dan komen di IG Sherie tapi waktu tu tak ada respon. Jadi saya hubungi rakan selebriti lain untuk dapatkan nombor dia. Dapat saja nombor, saya cuba hubungi Sherie sejak pagi..tengah hari baru dia jawab. Selesai bercakap dengan dia, saya hubungi pula Megaklinik Zahran. Rupa-rupanya pihak mereka pun cuba hubungi dan Alhamdullilah, semuanya dipermudahkan.

Tambah pelakon drama Kamar Kamariah ini lagi, dia akan cuba membantu selagi terdaya tanpa mengira sesiapa.

Kata Fizz, keadaan sekarang ramai yang bergelut untuk hidup dan merupakan tanggungjawab dirinya sebagai manusia untuk membantu ketika diberikan peluang oleh Allah S.W.T. untuk berbuat demikian.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...