“Tak Pernah Terlintas Sama Sekali..” – Julia Farhana Nafi Amal Konsep ‘Child Free’ Dalam Perkahwinan

Hiburan

“Tak Pernah Terlintas Sama Sekali..” – Julia Farhana Nafi Amal Konsep ‘Child Free’ Dalam Perkahwinan

Sebagai seorang wanita yang sudah berkahwin, pelakon Julia Farhana mengakui dia juga mempunyai impian untuk memiliki zuriat.

Namun, menurut Julia, yang berusia 31 tahun, dia dan suaminya, Dr. Che Hafiz, merancang untuk menunggu hingga benar-benar bersedia sebelum mempunyai anak.

Advertisement

Saya merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dan kemudian PhD, yang mungkin mengambil masa sekitar empat tahun.

Saya juga akan terlibat dalam penggambaran drama. Suami saya pula akan menjadi doktor pakar tidak lama lagi, jadi kami akan sama-sama sibuk. Jadi soal anak memang kami merancang.

Julia turut menegaskan bahawa dia dan suami tidak pernah terfikir untuk mengamalkan konsep ‘child free’.

Tidak pernah terlintas di fikiran kami untuk amalkan konsep sebegitu. Saya sangat teruja untuk menjadi seorang ibu, tetapi seperti yang saya katakan, sekarang bukan masa yang sesuai.

Berkongsi pengalaman dijangkiti Influenza A ketika berada di Itali baru-baru ini, Julia berkata dia perlu menstabilkan kesihatan dan memikirkan kerjaya kerana pastinya dia dan suami akan mula sibuk.

Saya pernah terkena jangkitan Influenza A sewaktu di Italy baru-baru ini. Ketika itu saya terfikir macam mana kalau saya hamil. Pasti akan merisikokan bayi saya.

Ketika itu saya sedar saya perlu lakukan setiap perkara satu persatu. Demi menjaga kestabilan kesihatan saya dan juga suami kerana dia juga akan sibuk dengan tugasnya sebagai seorang doktor.

Untuk rekod Julia dan Dr Che Hafiz berkahwin pada Disember 2022. Dr Che Hafiz sebelum ini pernah berkahwin dengan Lufya dan memiliki seorang anak perempuan, Laana Haura, 7.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Erra fazira mr e
53 mins ago

Erra Fazira Makin Terbuka Kongsi Mengenai 'Mr.E', Peminat Doakan Yang Terbaik - "Asalkan Bahagia"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : HibGlam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...