Isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Fara Saleh mendakwa dirinya telah menjadi mangsa keganasan rumah tangga dari sudut mental saat dirinya sedang sarat hamil.
Menurut Fara, suaminya itu tidak mengambil tahu mengenai keadaanya sepanjang berada di hospital.
Tak pernah nampak batang hidung selama saya masuk wad, tak tanya khabar. Berhenti buat provokasi menggunakan telefon orang gaji, saya sudah lama dia dan pendam.
Awak tak nak tanggungjawab awak diam, sepatutnya beri sokongan mental bukannya tengking dan bentak saya.
Malah, menurut Fara, Shuk juga menuduhnya hamil anak haram ketika berada di Paris.
Masa di Paris pun awak hina, cakap saya mengandung anak haram. Insya-Allah saya boleh cari duit sendiri untuk sediakan barang anak dan bersalin nanti. Saya tak takut hilang awak, berseronoklah hidup dengan kawan-kawan ya.
Fara juga meminta Shuk untuk memberi kerjasama kerana dia akan membawa hal itu ke mahkamah.
Sebelum ini, Fara menyatakan kekesalannya bernikah dengan pelawak itu meskipun belum sampai setahun kedua-duanya bernikah.
Dia dan Shuk mendirikan rumah tangga pada November 2023 yang lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.