Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tak Pernah Minta Apa-Apa, Nadzmi Adhwa Hadiahkan Toyota Alphard Buat Ardell Aryana

Nadzmi Adhwa Ardell

Pelakon dan juga personaliti TV, Nadzmi Adhwa baru-baru ini ada membuat kejutan istimewa buat isteri tercinta, Ardell Aryana sempena sambutan hari lahirnya.

Nadzmi dilihat telah berkongsikan mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran video di laman Instagram untuk tatapan peminat dan pengikut media sosialnya.

Ujar Nadzmi, isterinya itu tidak pernah meminta diberikan hadiah atau apa-apa barangan mewah daripada dirinya.

Hanya ingin menghargai jasa seorang isteri dan ibu kepada anak mereka, Nadzmi difahamkan telah menghadiahkan Ardell sebuah kereta mewah berjenama Toyota Alphard.

Advertisement

“Dialah pembakar semangat saya. Awak tak pernah mintak saya apa-apa. Awak hanya suka kedai dua ringgit je. Jadi saya pun sedih juga, saya nak kena bagi sesuatu juga dekat awak. Saya tak tahu awak suka ke tidak tapi saya harap awak suka.”

Turut mengucapkan kata penghargaan serta rasa sayang, Nadzmi dilihat turut mengucup dahi Ardell yang pada ketika itu sedang mendukung anak mereka.\

View this post on Instagram

A post shared by ??? ??????? (@ardellaryana)

Terdahulu, Nadzmi dan Ardell telah selamat mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019 yang lalu dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Arwa Malaikha Urwa yang dilahirkan pada 5 Jun 2020.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. anonymous

    April 5, 2021 at 5:50 pm

    hutang jgn tak hutang sok tak leh bayar tarikkssss

  2. tecit

    April 5, 2021 at 11:18 am

    aduh awat aku xkenal dua2 sosok ni. nampak nau dah tuaaa tehehe

Loading...
To Top