“Tak Pernah Merancang, Suami Suka Ramai Anak” – ‘Non-Stop’ Beranak, Wanita Rimas Ibu Berleter Suruh Ikat Saluran Peranakan

Kehidupan

“Tak Pernah Merancang, Suami Suka Ramai Anak” – ‘Non-Stop’ Beranak, Wanita Rimas Ibu Berleter Suruh Ikat Saluran Peranakan

Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila ibu sendiri berleter gara-gara melahirkan anak terlalu ramai (lebih daripada dua).

Kata wanita tersebut, dia merupakan ibu kepada empat orang anak, kini sedang hamil anak kelima dan kesemua anaknya mempunyai jarak dua tahun.

Advertisement

Ibu selalu cakap sudah-sudahlah tu, kerja beranak je. Saya jadi tak best pregnant kali ni sebab rasa macam mak tak suka saya.

ibu hamil

Salah satu punca ibunya sering berleter kerana wanita berkenaan mempunyai ijazah sarjana muda tetapi kini menjadi suri rumah dan melakukan bisnes kecil-kecilan secara online dari rumah.

Dalam hantaran luahan itu, wanita itu memberitahu ibunya juga memberi cadangan agar dia melakukan perancangan keluarga dengan kaedah Bilateral Tubal Ligation (BTL) iaitu dengan mengikat saluran peranakan.

Saya dan suami memang tak pernah merancang, sebab suami memang suka ramai anak. Dia pun ada sembilan adik-beradik.

Kebanyakkan wanita yang sudah bergelar ibu meninggalkan komen dengan memberi cadangan untuk selesaikan masalah yang dihadapi.

1 year ago

Ibu Mengandung Luah Hasrat Nak Pergi Konsert Coldplay, Netizen Bagi Nasihat - "Janganlah Sis, Bahaya.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...