Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila ibu sendiri berleter gara-gara melahirkan anak terlalu ramai (lebih daripada dua).
Kata wanita tersebut, dia merupakan ibu kepada empat orang anak, kini sedang hamil anak kelima dan kesemua anaknya mempunyai jarak dua tahun.
Ibu selalu cakap sudah-sudahlah tu, kerja beranak je. Saya jadi tak best pregnant kali ni sebab rasa macam mak tak suka saya.
Salah satu punca ibunya sering berleter kerana wanita berkenaan mempunyai ijazah sarjana muda tetapi kini menjadi suri rumah dan melakukan bisnes kecil-kecilan secara online dari rumah.
Dalam hantaran luahan itu, wanita itu memberitahu ibunya juga memberi cadangan agar dia melakukan perancangan keluarga dengan kaedah Bilateral Tubal Ligation (BTL) iaitu dengan mengikat saluran peranakan.
Saya dan suami memang tak pernah merancang, sebab suami memang suka ramai anak. Dia pun ada sembilan adik-beradik.
Kebanyakkan wanita yang sudah bergelar ibu meninggalkan komen dengan memberi cadangan untuk selesaikan masalah yang dihadapi.