Penyanyi, Nourul Wahab baru-baru ini meluahkan rasa kekecewaan apabila dirinya ditengking dan dilayan dengan kasar oleh seorang pegawa keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Nourul yang melalui pengalaman tidak menyenangkan itu berkata bahawa dia faham mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi namun berharap anggota berkenaan lebih bertimbang rasa ketika menjalankan tugas.
Pengalaman ditengking oleh pegawai tersebut dizahirkan apabila anggota tersebut meninggikan suara kepadanya dan kedua ibu bapa mertuanya.
“Anggota itu tinggikan suara pada saya. Dia cakap dua orang sahaja yang boleh masuk ke dalam. Saya kata okey, tetapi ibu bapa mertua saya tak boleh berbahasa Inggeris dan Melayu.Tapi dia masih menjawab dengan nada yang tinggi,”
Pengalaman tersebut telah dikongsi di laman instagram Nourul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab, 41. Dia telah memuat naik foto bergambar bersama beberapa anggota keselamatan bertugas yang cuba menjelaskan mengenai salah faham berkenaan.
Dia juga mengakui bahawa dirinya terkedu kerana belum sempat muka mulut, Nourul sudah ditengking. Namun, dia memahami bahawa anggota keselamatan yang bertugas itu juga manusia, dan menghormati pekerjaan yang dilakukan petugas barisan hadapan ini.