Written by shahzeeq | February 26th, 2019

Jika disebut Indonesia, bandar pertama yang akan menerjah ke pemikiran kita sudah tentu adalah Jakarta. Namun negara yang mempunyai 1,700 pulau dan kebesaran berkali ganda berbanding Malaysia ini mempunyai terlalu banyak destinasi pelancongan yang menarik, memukau dan unik selain Jakarta.

Bersempena dengan musim cuti sekolah yang hampir tiba, kali ini Abang Nara ingin kongsikan beberapa lokasi percutian di Indonesia yang anda boleh terokai bersama keluarga tercinta kelak. Jangan lupa yang AirAsia kini sedang mengadakan promosi terbang ke Indonesia dengan harga serendah RM49 khas untuk ahli-ahli AirAsia dan RM54 untuk mereka yang bukan ahli. Lepas baca nie boleh terus booking tiket kapal terbang!!!

1.Bandung

Bandung semestinya menjadi salah satu tempat di dalam senarai WAJIB dilawati sekiranya anda merancang untuk terbang ke IndonesiaIa amat sesuai dijadikan tempat berbulan madu buat pengantin baru kerana pemandangannya yang sangat memukau, banyak lokasi menarik untuk merakam detik manis bersama pasangan dan kedudukannya yang berada di lereng-lereng pergunungan, menghasilkan udara yang sejuk dan nyaman sekali.

1

pasti romantik dapat naik basikal di atas udara sambil berpegangan tangan camnie

2

boleh tangkap gambar-gambar cun macam nie dan buat album sebagai tanda percintaan anda yang kekal abadi

Selain itu, terdapat banyak lokasi-lokasi menarik di Bandung yang boleh dilawati seperti Kawah Putih (danau yang terhasil daripada letusan gunung berapi), Farmhouse Susu Lembang (boleh main dengan haiwan), Glamping Rancabali (kebun teh dengan pelbagai aktiviti seperti berbasikal, naik rakit & petik daun teh) dan Tangkuban Perahu (gunung berapi yang masih aktif). Masing-masing mempunyai keunikan tersendiri yang memukau. Sekiranya datang dengan anak-anak, boleh juga luangkan masa di Trans Studio Bandung yang merupakan taman tema terbesar di Indonesia.

4

Kawah Batu

3

Glamping Rancabali

5

Tangkuban Perahu

6

Trans Studio Bandung

2. Banda Aceh

Ibu kota kepada Aceh ini mempunyai tarikannya yang tersendiri. Walaupun pernah musnah akibat dilanda tsunami satu ketika dahulu, para pelancong kini semakin membanjiri Banda Aceh selepas menyedari kewujudan destinasi-destinasi pelancongan yang cukup hebat di kota ini. Antaranya seperti:-

7

Pantai: Abadikan saat indah anda mandi-manda atau “surfing” di pantai Lampuk yang airnya jernih seperti kristal dengan berlatarbelakangkan gunung-ganang. Pasirnya yang lembut, airnya yang dipenuhi ikan-ikan dan ketinggian ombaknya yang sempurna membolehkan anda berenang sepuas hati, ber”sunbathing” selama mana anda mahu dan juga ber”surfing” bersama rakan-rakan. Turut tersedia ialah gerai-gerai tempatan yang menjual air kelapa segar serta ikan bakar. Salah satu pantai tersebut ialah pantai Lampuk.

8

Diving/menyelam: Sekiranya anda seorang diver, Pulau Weh yang terletak 20 minit daripada Banda Aceh merupakan gem tersembunyi untuk mereka yang ingin menerokai keindahan laut dalam. Lebih menarik, ada satu lokasi di pulau ini yang dikenali sebagai “Km 0” (Kilometer Zero). Ia adalah lokasi persempadanan di mana bermulanya negara Indonesia. Selain itu, hidupan laut di Pulau ini amat unik, pelbagai dan sukar ditemui di tempat lain kerana di sebelah kirinya adalah Lautan India sementara di sebelah kanannya adalah Lautan Pasifik.

9

Makanan: Pencinta makanan pastinya akan pulang dari Banda Aceh dengan berat badan bertambah beberapa kilogram. Ini kerana kota ini menyajikan pelbagai jenis hidangan yang pastinya membuatkan anda terliur. Antaranya seperti kari kambing Indonesia yang dimasak secara tradisional, mie Aceh, sate Matang, ayam tangkap Aceh, pliek U dan banyak lagi. Lepas makan terus pergi tidur tepi pantai. Terbaik!!!

10

3. Lombok

Lombok kini semakin mencuri perhatian para pelancong kerana ia mampu memberikan percutian di dalam sebuah dunia yang jauh dari keriuhan kota dan sentuhan pembangunan. Destinasi-destinasi mempesonakan di pulau ini begitu banyak dan terpelihara dengan sempurna sekali. Untuk makluman, Lombok juga turut dikenali sebagai “the better Bali” di kalangan para pelancong.

11

Sekiranya anda seorang pencinta pantai, Lombok adalah destinasi sempurna buat anda. Pulau yang terkenal dengan gunung yang berdiri megah, Gunung Rinjani ini memiliki pantai-pantainya yang unik dan tidak dapat ditemui di tempat lain antaranya adalah pantai berwarna merah jambu, pantai berpermukaan seperti di planet krypton dan banyak lagi yang sukar dipercayai pandangan mata. Antara tempat-tempat menarik di Lombok adalah:-

12

Gili Kedis – pulau kecil yang berpasir putih, berbatu karang unik dan kejernihan air yang memperlihatkan ikan-ikan berwarna-warni pasti akan membuatkan anda teruja

13

Pantai Semeti – turut dikenali sebagai pantai Krypton, batu-batunya yang berlapis memastikan gambar Instagram anda confirm awesome dan menarik

14

Bukit Pergasingan – terletak pada ketinggian 1670 meter dari aras laut, anda akan dapat melihat pemandangan petak-petak sawah dan kebun yang berwarna-warni terbentang ibarat tikar selepas tiba di puncaknya

4. Surabaya

Ingat melamar kekasih hati yang tercinta tetapi ingin melakukan dengan cara yang sangat-sangat special. Beli tiket kapal terbang ke Surabaya hari ini juga dan katakan “Will You Marry Me?” kepada si dia di atas Gunung Bromo ketika matahari sedang terbenam. Dengan sinaran matahari yang semakin malap, pastinya si dia akan berkata “Yes, I do” dan tidak akan melupakan saat itu sampai bila-bila.

15

Sekiranya anda ingin mengambil gambar seolah-olah berada di negara Jepun, Surabaya mempunyai Hutan Bambu dan Taman Sakura yang terkenal dengan pelbagai jenis bunga-bungaan yang tersusun rapi mengikut warna seperti putih, jingga, merah, ungu, merah jambu dan kuning. Kalau nak buat pre-wedding atau post-wedding photoshoot ini adalah salah satu lokasi yang anda boleh shortlistkan.

16

Bab makan di Surabaya tidak perlu risau kerana juadah-juadah yang boleh didapati pastinya akan menepati citarasa anda. Buat yang suka menikmati sesuatu yang baru, Surabaya cukup terkenal dengan Lontong Balap (sup lembu + nasi himpit + taugeh), Tahu Tek (telur goreng) yang dijual di gerai tepi jalan dan juga Rawon (sup lembu hitam) yang pasti membuatkan anda ketagih.

17

5. Padang

Sebut sahaja Padang, Indonesia, perkara pertama yang akan kita bayangkan ialah makanannya. Sememangnya Padang terkenal sebagai syurga makanan buat para pelancong. Kalau anda seorang kaki makan, bersiap sedialah untuk berat badan anda bertambah berkilo-kilogram. Untuk memudahkan anda, Abang Nara dah senaraikan beberapa restoran dan makanan mereka yang terkenal. Pergi sana nanti Google je nama restoran-restoran ini untuk makan sampai kembung perut.

18

Resto Selamat (rendang)

19

Sate Danguang (sate padang)

20

Gili (Gulai Itiak Lado Ijau) (gulai itiak)

21

Apollo Seafood (ikan balado)

Paling penting jangan lupa untuk makan nasi Padang, yang merupakan makanan ikonik penduduk tempatan. Tue kalau tak makan memang tak lengkaplah percutian korang di sini.

6. Bali

Tidak lengkap rasanya senarai ini sekiranya tidak memasukkan Bali sebagai salah satu destinasi pelancongan di Indonesia. Dengan pantai-pantainya yang

22

First thing first, sekiranya anda mengambil keputusan untuk bercuti ke Bali, pastikan anda sekurang-kurangnya meluangkan masa 1 minggu di pulau ini. Terlalu banyak tempat best yang boleh anda lawati. Antaranya seperti:-

23

Pura Luhur Uluwatu – selain daripada pemandangannya yang “breathtaking”, anda juga boleh menyaksikan tarian tradisional Kecak yang diadakan setiap hari pada pukul 6 petang berlatar belakangkan pandangan matahari terbenam di sini

24

Tanah Lot Temple – kedudukannya di tengah-tengah laut memastikan telinga anda tidak berhenti daripada mendengar bunyi ombak laut sepanjang anda berada di sini. Pemandangannya tak perlu lah nak cakap macam mana lagi. Memang awesome sangat-sangat

25

Kintamani – cuaca sejuk di kawasan perkampungan ini kerana lokasinya di kawasan tanah tinggi dan berdekatan dengan pergunungan, memang menggeletar badan dibuatnya jika tidak memakai baju yang sesuai. Pemandangan yang disajikan pasti membuatkan anda rasa berbaloi-baloi dengan percutian ke Bali

26

Tegallalang Rice Terraces akan membuatkan anda rasa kehairanan kerana seolah-olah anda melihat sebuah lukisan. Kawasan sawah padi serba menghijau ini pasti akan mendatangkan rasa damai dan menenangkan jiwa anda. Jangan lupa untuk menikmati makan tengah hari di sini untuk pengalaman yang cukup unik

Selain daripada 5 lokasi di atas, ada banyak lagi destinasi-destinasi lain seperti Pontianak, Palembang, Semarang, Makassar dan Yogyakarta yang mempunyai keunikan masing-masing. Kenalah buat pilihan berdasarkan kegemaran dan jenis percutian yang anda idamkan. Yang pasti, AirAsia kini menyediakan promosi harga yang cukup menarik serendah RM49 khas untuk ahli-ahli AirAsia dan RM54 untuk mereka yang bukan ahli. 

Selamat terbang ke Indonesia dan selamat bercuti!!!



9 responses to Tak Pernah Jejak Kaki ke Indonesia? Lepas Baca Nie Mesti Rasa Nak Terbang Hari Nie Jugak !

  1. Anonymous says:

    tolong promote malaysia dulu

    1

    0
    • minah jambu say NO to drugs says:

      minah jambu baru aje balek dari desaru best betol stay kat lotus rilek n hepening makanan dia pon sedap dudok kt tepi pantai n malam leh karaoke rilek betol la kt sana ..minah jambu bawak nenek minah jambu suka dia ceria..kakak minah jambu po ikot almaklom lah pes time dia jijak kan kaki dia kat desaru selalu asek gi air itaaaaam je !! ayoh ajak geng gi desaru hepening tau ayohhhhhhhhh..

      5

      0
      • minah jambu say NO to drugs says:

        lagi satu minah jambu lupa desaru coast adventure waterpark kalau nak tau best ke tak datang lah n tengok sendiri belom datang belom tauuuuuuuuuu..

        1

        0
  2. Tk says:

    Royal Belum, Pulau Sipadan, Pulau Tioman dll.

    1

    0
  3. Anonymous says:

    Check pasport dulu..expired or tak.

    1

    0
  4. MIchele Choa says:

    G4M3 { Onl1n3 } F4n583771nG agen judi bola aman dan terbpercaya J01nt y4 :)
    WA @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting
    wechat @ fansbetting3
    bersama dengan kami CS fansbetting thankyou,

    0

    0
  5. MIchele Choa says:

    JobSide buat tambahan jajan sekaligus menghilangkan bosen …. Info add langsung { 5*E*E*8*0*A*F*E }
    WA kami @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting

    0

    0
  6. MIchele Choa says:

    suka main game online ,tapi uang jajan terbatas guys??
    yuk, gabung bersama kami di F4n5–83771nG => Agen BOLA terbesar tidak perlu keluar bnyak uang nya ya guys,, cuma 50 rb loh kamu sudah bisa bergabung bersama kami , MINAT ????? yuk langsung saja ,
    untuk info lebih lanjut silahkan di add saja ya
    WA kami @ +855 963 156 245
    line @ fansbetting
    wechat @ fansbetting3
    bersama dengan kami CS fansbetting thankyou,,,

    0

    0
  7. Saya Baru Balik Bandung says:

    Admin, gambar2 yang kat Bandung tu salah la lokasinya. Please study & check balik sebab you nak promote, tapi caption gambar salah lokasi.

    Gambar caption Kawah Batu – sepatutnya itu Tangkuban Perahu
    Gambar caption Glamping Rancabali – sepatutnya itu Kawah Putih/White Crafter
    Gambar caption Tangkuban Perahu – sepatutnya itu Glamping Rancabali Lakeside

    1

    0