Sedia maklum, kebangkitan dan kesungguhan pemain badminton perseorangan lelaki, Lee Zia Jia memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024 sememangnya menyentuh hati orang ramai.
Khabar angin main untuk negara lain tular
Terbaru, melalui laman TikTok, tular satu video temubual Zii Jia yang dipercayai pada tahun 2022, di mana seorang wartawan tanya soalan mengenai khabar angin bahawa dia akan bermain untuk negara lain.
Ini spekulasi di media sosial, yang awak mungkin akan main untuk negara lain..bendera lain di dada awak. Ada pernah terfikir tak?
@kobeh988 our bronze medalist, Lee Zii Jia ❤️🇲🇾 #leeziijia #paris2024 ♬ original sound – party party yeah
Namun begitu, pemain badminton berusia 26 tahun itu menegaskan perkara itu tidak akan berlaku dan dia masih tetap pendirian untuk mewakili negara Malaysia saja.
Akan tetap wakili Malaysia
Ketika saya menghantar surat peletakan jawatan itu, saya sudah bersedia dengan perkara yang paling teruk. Tapi saya tak pernah terfikir untuk tukar kerakyatan atau main untuk negara lain. Tak kira apa yang berlaku, saya tetap akan wakili Malaysia.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen terharu mendengar kata-kata Lee Zii Jia itu dan bangga dengan pencapaiannya hingga ke hari ini.