Pelakon Fathia Latiff akhirnya buka mulut mengenai cakap-cakap belakang yang diterimanya berikutan perubahan wajah pelakon itu yang dikatakan berbeza daripada sebelumnya.
Kata Fathia, dia gembira dengan bentuk wajahnya kini dan turut mempersoalkan netizen yang dianggap tidak mempunyai pengetahuan mengenai solekan dan rawatan estetik wajah.
Apa salahnya saya kelihatan berbeza? Tak pernah dengar pasal make up dan rawatan estetik? saya gembira dengan wajah saya sekarang.
Terdahulu, segelintir netizen mempersoalkan rupa Fathia yang kelihatan berbeza berbanding dahulu.
Pelakon drama popular Ariana Rose itu dikatakan lebih tua daripada usia sebenar dan dituduh melakukan rawatan suntikan di wajah.