Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tak Pernah Datang Set Penggambaran Kerana Segan, Hairul Azreen Dedah Hanis Zalikha Hanya Empat Kali Ziarah Bagi Semangat

Pelakon yang kini bergelar pengarah, Hairul Azreen mendedahkan bahawa dia dan isteri jarang bertemu di set penggambaran masing-masing untuk tujuan memberi semangat kerana berasa malu dan segan.

Hairul atau nama sebenarnya, Hairul Azreen Idris berkata, sejak mereka berumah tangga pada tahun 2015 yang lalu, hanya empat kali Hanis datang ke lokasi penggambaran menjenguknya untuk memberi semangat.

Advertisement

Pelakon filem Paskal itu baru-baru ini memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan isterinya datang ke set untuk memberi sokongan atas kejayaan filem pertama arahannya berjudul Ada Hantu!.

“Ada orang datang set kita la. Sepanjang kami couple dan selepas hidup bersama, isteri saya tak pernah datang tengok saya shooting sebab kami berdua segan. Tetapi set shooting Paskal adalah set kali pertama Hanis datang tengok saya berlakon sebab saya cakap, saya bangga buat cerita ni. Kali kedua dia datang set filem Wira dan buat kejutan sebab masa itu birthday saya. Kali ketiga di set filem Pasal Kau, masa tu saya tembam. Semalam dia datang di set Ada Hantu! Saya sebagai pengarah.”

Dalam pada itu, menurut Hairul lagi, isterinya lebih selesa untuk datang ke lokasi penggambaran penerbit dan pengarah Adrian Teh meskipun beberapa kali menolak untuk berlakon dalam filem arahannya.

Pasangan yang sering memuat naik gambar mesra keluarga mereka di media sosial ini telah mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2015 yang lalu dan kini telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar,3, dan Alisa Aisyah yang kini berusia setahun.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Abg 8inci

    December 17, 2020 at 12:10 pm

    fake living.
    acah2 busy dkt socmed kata uruskan famili.
    last2 ada orang gaji.
    palanciauuuuuuuuw uruskan sendiri

  2. tecit

    December 15, 2020 at 10:03 am

    klu die xdtg nt ko mengade2 soh dtg. manje konon katenye. geli tgk die ni lah. tp suke la tgk diorg laki bini. bini die ok je. lakinye je hoverr haha. but ok laa. just xsuke hairul ni suke show off. jd pelakon mgkin cam laka2. tp ok boleh try tgk hasil pengarahan die. let see.

    bini ko tu mai sbb syg ko je tau. klu x die pon xkose tau nk menunjuk2.

  3. Anonymous

    December 14, 2020 at 12:22 pm

    So??

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
Puasa Barakah Bersama