Bekas peserta Big Satge 2023, Meer Nash menerima kecaman daripada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakannya mengenakan harga RM60 untuk peminat yang ingin berbuka puasa bersama-samanya.
Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Meer Nash ada berkongsi tangkap layar yang memaparkan komen netizen mempertikaikan tindakanya meletakkan caj seperti itu untuk acara berkenaan.
Hate comment waktu subuh yang rare. Kenapa rare? Sebab tak sangka bulan puasa ada juga orang hati busuk dengki fasal orang lain, baru saja lepas sahur.
Saya tak pernah ambik pisau paksa awak join pun event saya, tapi tengok cara komen, macam orang yang kenal saya personally.
Tambahnya lagi, dia sudah tidak tahan apabila menerima komen-komen seperti itu sedangkan dia tidak pernah menganggu orang lain.
Sampai bila kami yang tak kacau hampa ni nak berdiam diri dan terima saja segala tohmahan dan cacian? Kami pun ada perasaan juga.
Meer Nash juga menafikan bahawa dia tidak pernah mengaut sebarang keuntungan daripada acara bertemu peminat yang dianjurkannya.
Meskipun dikecam, penyanyi itu berkata ramai peminat yang sudah mula mendaftar untuk acara berkenaan dan dia juga sudah tidak sabar untuk bertemu mereka pada 31 hari bulan nanti.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.