Tahun lalu, penceramah bebas yang juga penyanyi ini pernah mencetuskan kontroversi kerana didakwa mencabul serta melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang penuntut kolej swasta.
Bagaimanapun, dia dilaporkan telah dibebaskan daripada pertuduhan itu oleh Mahkamah Petaling Jaya pada Mei lepas.
Terbaru, empunya nama Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful sekali lagi mendapat kecaman di media sosial.
Syed mencetuskan kritikan ramai pengguna di TikTok selepas memuat naik video bersama pelakon baru yang kini menjadi sebutan kerana watak Melur, Anna Jobling.
Menerusi klip pendek itu, Syed dilihat duduk bersebelahan dengan jarak yang agak dekat dan merenung aktres jelita itu beberapa saat sambil tersenyum.
Anna Jobling juga kemudian memandang ke arah Syed sebelum kedua-duanya mengukir senyuman ke arah kamera.
Hi Melur.”
@daisyed_ Hi melur ? @annajobling
Rakaman itu mendapat kritikan dan sesetengah netizen dilihat memerli Syed memandangkan dia menyandang gelaran Da’i itu.
Malah, segelintir berpendapat bahawa Syed tidak layak menggunakan gelaran Da’i dek kerana tindakannya tidak melambangkan dirinya sebagai seseorang sebegitu.
Selain itu ada yang sempat menegurnya tentang ikhtilat serta berkata video sebegitu boleh menimbulkan fitnah.