Tak Pernah Ada ‘Me Time’, Rita Rudaini Tak Kisah Asalkan Dapat Bersama Dengan Anak-Anak

Hiburan

Tak Pernah Ada ‘Me Time’, Rita Rudaini Tak Kisah Asalkan Dapat Bersama Dengan Anak-Anak

Bagi sesetengah ibu, waktu bersendiri ataupun ‘me time’ adalah mustahak kerana pada waktu itu para ibu dapat merehatkan seketika daripada melayan karenah anak-anak dan menenangkan fikiran.

Rita Rudaini dan anak-anak

Advertisement

Namun, lain pula bagi pelakon cantik yang juga ibu tunggal buat dua orang anak lelaki, Rita Rudaini. Menurut Rita, dia tidak pernah mempunyai waktu bersendiri kerana menyifatkan perkara tersebut bukanlah suatu keperluan.

Jelas Rita lagi, dia lebih rela meluangkan masa bersama anak-anak apabila ada waktu lapang.

Dia dilihat telah berkongsikan perkara itu buat tatapan para peminat yang mengikutinya di media sosial Instagram.

View this post on Instagram

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Tambah pelakon yang popular menerusi drama Kutub Utara Kutub Selatan ini, fokus hidupnya kini adalah untuk mencapai kebahagiaan bersama anak-anak dan kejayaan dalam kerjaya seninya.

Rita turut beranggapan bahawa kehidupan mewah bukanlah untuk dirinya kerana dia lebih selesa hidup bersederhana dan hanya inginkan tubuh badan yang sihat serta bahagia bersama anak-anaknya.

View this post on Instagram

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Terdahulu, pelakon cantik ini pernah mendirikan rumah tangga bersama dengan pemain bola sepak, Mohd Aidil Zzafuan pada tahun 2008 namun berpisah setelah hampir lima tahun berumah tangga. Hasil perkongsian hidup, kedua pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki yang kini sudahpun berusia 12 dan 10 tahun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...